CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Semua tentang Bajet 2019 - ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'

  [Copy link]
Post time 5-11-2018 07:33 AM | Show all posts
makin kronik msia baru ...  yg dikejar x dpt. yg dikendong hilang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 10:22 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 2-11-2018 06:05 PM
Panas hati ke dik?
Gi minum air bergula.
Bln 4 karang mahal

elok la tak minum air bergula kak, utk kesihatan akak jugak. nk hidup lama tak? baik spend duit beli gula tu utk beli buah2an tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 10:25 AM | Show all posts
rainbowrainz replied at 4-11-2018 04:02 AM
Tiada bonus bg penjawat awam hahahahaha semua duk dpn tv carut sajork

tak payah la bg bonus dkt penjawat awam, sama2 kita berjimat. pekerja swasta pun dh lama x dpt bonus dik
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
At least sekarang dah takde fitnah2 dah dari mereka. And tak ada lagi janji2 palsu yang boleh diorg tabur. Sebab takde org nak percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 5-11-2018 10:22 AM
elok la tak minum air bergula kak, utk kesihatan akak jugak. nk hidup lama tak? baik spend duit be ...

Baiklah dik.
Terima kasih atas nasihat bergune tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 12:59 PM | Show all posts
BERITA»Nasional
Isnin, 5 November 2018 | 12:44pm



KETUA Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. - Foto Nadim Bokhari


Sarawak umum bajet RM11.91 bilion, tertinggi dalam sejarah

Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad
amifaiz@nstp.com.my



PETRA JAYA: Rakyat Sarawak akhirnya mampu menikmati pembangunan lebih agresif selepas era Barisan Nasional (BN) apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM9.07 bilion, khusus untuk perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan Sarawak 2019.

Keseluruhannya, sejumlah RM11.91 bilion bagi belanjawan negeri tahun depan, yang tertinggi dalam sejarah Sarawak, dengan RM2.84 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi.

Pada Belanjawan 2019 Kerajaan Pusat dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, Sarawak hanya menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.35 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri komited memperhebat pelaksanaan program dan projek di kawasan luar bandar selepas sejumlah 67 peratus atau RM6.05 bilion, dikhususkan bagi kawasan terbabit.

“Peruntukan bagi kawasan luar bandar terbabit adalah melebihi peruntukan RM2.98 bilion pada 2017 dan RM3.06 bilion tahun ini.

“Sehingga 31 Oktober ini, sejumlah RM6.77 bilion atau 73 peratus sudah dibelanjakan bagi Bajet 2018,” katanya selepas membentangkan Bajet 2019, di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Katanya, bagi tahun depan, kerajaan negeri menjangka bakal memperoleh pendapatan berjumlah RM10.51 bilion, peningkatan RM3.55 bilion atau 51 peratus berbanding RM6.96 bilion tahun ini.

“Kita menjangkakan Sarawak mencapai rekod pendapatan paling tinggi iaitu melebihi RM10 bilion untuk digunakan demi pembangunan negeri bagi manfaat rakyat Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada inisiatif kerajaan negeri meneroka sumber pendapatan baharu termasuk pengenalan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum.

“Jumlah pendapatan cukai dijangka mengutip RM5.27 bilion atau 50 peratus daripada keseluruhan pendapatan pada 2019. Pendapatan dijana cukai adalah RM4.46 bilion hasil cukai jualan dengan RM3.9 bilion dijana cukai daripada sumber petroleum. Selain itu, RM474 juta daripada sumber hutan, manakala RM332 juta daripada royalti air mentah, sewa tanah dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak empat jambatan akan dibina membabitkan Jambatan Muara Lassa, Mukah; Jambatan Batang Rambungan, Lundu; Jambatan Bintulu/ Jepak, Bintulu dan Jambatan Batang Lupar, Betong.

“Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan dasar baharu di mana setiap bayi dilahirkan di negeri ini akan memperoleh one-off insentif berjumlah RM1,000 tanpa mengira etnik, agama dan status sosial.

“Insentif berkenaan hanya dibenar dikeluarkan pada usia 18 tahun dan ia untuk digunakan bagi melanjutkan pengajian atau modal untuk mengejar karier masing-masing,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2018 01:01 PM | Show all posts
Pas perjalanan tanpa had 30 hari hanya melalui MyKad, MyTentera, MyKid

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@nstp.com.my




PUTRAJAYA: Langganan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL yang diumumkan dalam Bajet 2019 baru-baru ini hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad, MyTentera dan MyKid.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata penggunaan kad pengenalan warganegara Malaysia menerusi fungsi Touch 'n Go bagi memastikan inisiatif itu dinikmati hanya oleh rakyat tempatan.

Katanya, pas perjalanan dijangka boleh mula dilanggan pada 1 Disember ini dan digunakan bermula 1 Januari 2019.

"Langganan pas ini boleh dibuat di semua kaunter di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat hab bas iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang.

"Pas perjalanan ada untuk tempoh 30 hari dan ia bukan pas bulanan. Tempoh 30 hari adalah bermula daripada tarikh penggunaan pertama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, penggunaan pas perjalanan itu membabitkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT.

Pada pembentangan Bajet 2019 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan untuk memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.

Selain itu, katanya, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 01:15 PM | Show all posts
2019 Budget: 40,000 Kelantan pensioners to get RM500 payment

By Sharifah Mahsinah Abdullah - November 5, 2018 @ 12:44pm

KOTA BARU: The government’s plan to disburse one-off RM500 payments to eligible pensioners will benefit some 40,000 retirees in the state, said Kelantan Government Pensioners Association chairman Datuk Abdul Halim Hamad.

He said that the allocation, announced in the 2019 Budget, demonstrates that the government cares for the welfare of pensioners in the country.

“Overall, the 2019 Budget proves that the government wants to create ‘prosperous people’ – and this includes civil servants and households earning low incomes.

“Before the budget was tabled, we were slightly worried, but after listening to the issues tabled by the Finance Minister, we are relieved and grateful over the announcement,” said Abdul Halim, who is also the National Government Pensioner Association vice-president.

He said the number of pensioners throughout the country stands at 800,000 – 40,000 of whom are in Kelantan.

In the 2019 Budget announced on Friday, Finance Minister Lim Guan Eng announced a number of new measures aimed at ensuring the welfare of senior citizens.

He said that the government is concerned over the plight of low income-earning retired civil servants, especially those whose pensions are below RM1,000 a month.

With this in view, the government will give a one-off RM500 payment to each eligible pensioner, Lim said.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-11-2018 01:01 PM
Pas perjalanan tanpa had 30 hari hanya melalui MyKad, MyTentera, MyKid

Oleh Zanariah Abd Mutalib
...

Baguslah kalau betul implementation macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 02:30 PM | Show all posts
judicata replied at 3-11-2018 06:38 AM
Kenapa semua org baru nak compare harga petrol dgn negara konon harga minyak malaysia jauh lebih m ...

Malu la mengaku di kencingkan..tu la terpaksa tukar taktik kepada redha..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 5-11-2018 10:42 AM
At least sekarang dah takde fitnah2 dah dari mereka. And tak ada lagi janji2 palsu yang boleh diorg  ...

Tu la syukur sgt. PRU15 nanti xde dah dongeng mansuh tol, dongeng minyak 1.50, dongeng pendidikan percuma, dongeng najib turun ringgit naik, dongeng nak tambah subsidi, dongeng harga brg turun
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-11-2018 01:01 PM
Pas perjalanan tanpa had 30 hari hanya melalui MyKad, MyTentera, MyKid

Oleh Zanariah Abd Mutalib
...

Maknanya rakyat bandar saja merasa..  Yg luar bandar gigit jari
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiah.comei replied at 3-11-2018 07:29 PM
Airport tax REIT tu follow model dr singapore. Kutip tax dr orang yg guna (turun naik) changi airp ...

Pedih la makcik2 traveler nak bayor kos tambahan bercuti ke Jogja & krabi. Travel dlm msia pun mahai mereput, time cuti sekolah kena sembelih
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 5-11-2018 02:53 PM
Maknanya rakyat bandar saja merasa..  Yg luar bandar gigit jari

Sblm  rakyat luar bandar merasa benefit camni... state govt kena majukan shuttle bus services/ metro / transit... kemudahan pengangkutan awam biar selari.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 03:10 PM | Show all posts
wanzhm93 replied at 4-11-2018 12:42 PM
Semua kena pengurangan sis...
Kecuali umur 60 tak carum kwsp
Means tak tolak duit gaji bulan2 ...

Betul ke ni?? Iols ingatkan untuk menggalakkan golongan 60 tahun keatas di ambil pekerja...majikan hanya perlu buat potongan majikan 4% je. Kalau semua kena maka rugila pekerja swasta...majikan tepuk tangan.. Ada sapa2 boleh bagi penjelasan tentang ni??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 5-11-2018 03:10 PM
Betul ke ni?? Iols ingatkan untuk menggalakkan golongan 60 tahun keatas di ambil pekerja...majikan ...


It's all over...
Nothing we can do...
Bukan nak racist tapi think about it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 04:22 PM | Show all posts
harizs replied at 5-11-2018 02:57 PM
Pedih la makcik2 traveler nak bayor kos tambahan bercuti ke Jogja & krabi. Travel dlm msia pun mah ...

udah la panas terik msia ni..
nak g bercuti kena pikir sejuta kali...
hotel mahal gila..
rate ikut currency luar...
for the omputeh..hotel kita murah ler...
baik dok dendiam kat umah..lagi nyaman...
ada duit g obersi...

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 04:25 PM | Show all posts
bajet mostly tiru BN and recycle semata2..
so apa bagusnya PH...
terang2 kena tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 04:27 PM | Show all posts
julia5094 replied at 5-11-2018 03:10 PM
Betul ke ni?? Iols ingatkan untuk menggalakkan golongan 60 tahun keatas di ambil pekerja...majikan ...

cukup2 la keje sampai 60 thn...
bagi chance la graduan baru..
udah le ekonomi lembab...
nak dapat keje susah..
yang dah tua kukoi x reti2 nak berenti...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 5-11-2018 02:25 AM
tak payah la bg bonus dkt penjawat awam, sama2 kita berjimat. pekerja swasta pun dh lama x dpt bon ...

Bertabahlah...hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.143189 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list