Anda gemarkan kek keju? Belle and Cream adalah salah satu tempat yang boleh memenuhi keperluan nafsu makan anda!
Foto:Facebook
Digandingkan pula dengan bebola yang diperbuat daripada ubi kayu, ia memang unik! Cubalah sekurang-kurangnya sekali!
Foto:Facebook
Tapi kami yakin lepas dah cuba sekali, anda pasti akan datang berkali-kali. Jangan lupa bawa kawan sekali!
Foto:Facebook
Memang sesuai menjamu kek di sini sambil tangkap gambar. Meriah akaun Instagram anda!
Foto:Facebook
Terletak di Chapel Street Cafe, Medan Lim Cheng Teik, Penang, kafe ini walaupun kecil dan tersorok, ia menyajikan selera anda sesuatu yang hebat dan tiada setandingnya!
Antara perisa yang wajib anda cuba ialah Kek Keju Bubble Milk Tea, Kek Keju Coco, Kek Keju Original dan banyak lagi!
Foto:Facebook
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.
Waktu operasi: Ahad hingga Khamis: 11 am- 10 pm
Jumaat dan Sabtu: 11 am. - 11 pm
Foto:Facebook
Tunggu apa lagi, jom Belle and Cream! -CARI |