Bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Dato Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Vida baru-baru ini dilihat seakan-akan mahu berkerja kembali dengannya. Berita itu disampaikan sendiri oleh Vida melalui posting di akaun Instagram miliknya.
Bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli itu sebelum ini pernah menjadi bualan ramai apabila dia mendakwa dipecat serta merta oleh majikannya, Vida tanpa mendapat khabar bahawa dia akan dipecat.
Iqbal kembali, Vida tanya pendapat mahu terima atau tidak..
Foto: Instagram Dato Vida
Vida turut memuat naik video dimana dia menjemput Iqbal untuk makan malam bersama dirumahnya, dan bekas pembantu peribadinya itu juga kelihatan malu-malu mungkin kerana segan dengan kontroversi yang pernah melanda mereka sebelum ini.
Rata-rata ramai yang bersetuju dan meminta Vida untuk menerima Iqbal kembali menjadi pembantu peribadinya.
Iqbal pekerja yang bagus, memang sesuai jadi pembantu peribadi Vida..
Foto : Instagram Dato Vida
Bandingkan Iqbal dengan Amar..
Foto: Instagram Dato Vida
Kami tumpang gembira melihat bekas pekerja dan majikan ini berbaik. Lagipun Iqbal memang seorang pekerja yang bagus. Setuju tak? -CARI
|