CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 3

Nak Tingkatkan Trafik Blog, Kena Tahu Apa Itu SEO. Ini Tip Bagi Beginner..

[Copy link]
Post time 26-10-2018 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Panduan SEO. Sumber image: Pixabay.com





Untuk mempelajari ilmu mendapatkan ranking atau kedudukan terbaik sesuatu laman web itu, maka anda harus mengetahui beberapa jargon atau istilah di dalam search engine atau enjin carian itu sendiri agar pembelajaran anda lebih mudah.

Walaupun istilahnya mungkin agak sulit bagi pemula, namun anda tidak perlu untuk mengingat kesemuanya seperti menghafal sifir yang mana ia seolah satu kewajipan yang muktamad kerana percayalah dengan mempelajarinya, anda akan secara automatiknya akan mampu mengingatnya sekiranya ilmu SEO ini semakin menebal.


Berikut adalah istilahnya.


1. Jargon.
Bermaksud istilah.


2. Search Engine.
Enjin carian misalnya Google, Yahoo, dan Bing.


3. Ranking.
Kedudukan website berdasarkan urutan pertama hingga ke-10 (biasanya) pada paparan keputusan carian.


4. Search Result.
Keputusan carian. Lihat point #3 di atas.


5. Search Engine Optimization.
Juga dikenali sebagai SEO iaitu satu proses mengoptimasikan website agar mencapai tahap kedudukan terbaik di enjin carian.


6. Search Engine Optimizer.
Mereka yang melakukan optimasi terhadap website.


7. Index.
Penyenaraian website di enjin carian.


8. Crawler.
Bot yang mengesan sebarang pautan dan melaksanakan kerja mengikut perintah dari suatu algoritma. Misalnya "spider" untuk Google.


9. Anchor Text.
Perkataan mahupun nombor yang diberikan pautan.


10. Link.
Anchor Text yang boleh diklik lalu menuju ke halaman lain.


11. Deep Linking.
Pautan yang menuju ke halaman lain dalam domain yang sama.


12. Domain Name.
Nama domain misalnya "domainsaya.com".


13. Outbound Link.
Pautan dari halaman website anda ke halaman lain samada website anda sendiri atau ke website lain.


14. Inbound Link.
Pautan menuju ke halaman anda.


15. Page.
Halaman dari website.


16. Website.
Laman web atau laman sesawang.


17. On Page SEO.
Optimasi dalaman website anda misalnya pembangunan konten.


18. Off Page SEO.
Optimasi luaran website anda misalnya "link building".


19. White Hat SEO.
Teknik optimasi secara beretika. Misalnya membangunkan konten asli.


Kredit Foto: Pixabay




20. Black Hat SEO.
Teknik tidak beretika. (Akan dijelaskan lagi pada post akan datang).


21. Post.
Misalnya artikel baru di dalam suatu blog.


22. Google Dance.
Ketika Google mengemaskini ranking pada paparan keputusan carian.


23. Sandbox.
"enjara" kepada page yang melanggar etika.


25. Organic Searches.
Carian melalui kotak carian yang terpapar pada halaman enjin carian.


26. Webhosting.
Server atau pelayan di mana keseluruhan fail untuk website disimpan.


27. Do Follow.
Sifat pautan yang memberi arahan kepada Bot untuk menyusuri pautan keluar.


28. No Follow.
Sifat pautan yang memberi arahan kepada Bot untuk tidak menyusuri pautan keluar.


29. Keywords.
Kata kunci yang dicari oleh pengguna di enjin carian.


Masih banyak lagi istilah yang belum disenaraikan namun untuk pemula ia sudah memadai kerana ilmu SEO adalah ilmu sepanjang masa dan terlalu kerap bertukar tanpa diduga. Namun apa yang penting adalah sentiasa "up to date" dengan perubahan yang berlaku. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 11:28 AM | Show all posts
Pengetahuan berguna buat yang kurang tahu pasal istilah2 itu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 01:39 PM | Show all posts
Blogger yang blog dia asyik top kat google search engine tu, kira pro laa bab ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 05:44 PM | Show all posts
Edited by Dramuch981 at 9-8-2023 05:45 PM

I often see your posts and I really like them. I also share with you the information that Performing on-page and off-page SEO techniques can contribute greatly to improving search engine rankings. This includes optimizing meta tags, creating high-quality content, building backlinks, and using keyword research. and outsource seo services in india By focusing on both website performance and SEO, businesses can effectively reach their target audience. can bring in more organic traffic and ultimately boost your online success.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.083831 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list