CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3918|Reply: 42

[Tempatan] Lokman: Asyraf bangsat gesa Zahid cuti seketika. Apakah Rasulullah tidak pernah

[Copy link]
Post time 26-10-2018 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-10-2018 12:10 AM

Lokman: Asyraf bangsat gesa Zahid cuti seketika

https://www.malaysiakini.com/news/449010

Diterbitkan 25 Okt 2018, 10:58 malam  |  Dikemaskini 25 Okt 2018, 11:27 malam





Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lokman Noor Adam mencabar Datuk Asyraf Wajdi Dusuki agar meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda agar beliau boleh mencabarnya dalam pemilihan semula.

Menerusi sesi siaran langsung di Facebook, Lokman menyifatkan Asyraf tidak layak memegang jawatan itu, susulan seruannya agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti seketika daripada jawatan presiden sementara menunggu perbicaraannya di mahkamah selesai.

"Ketua pemuda Umno sepatutnya menjadi kepala dalam memperjuang nasib rakyat...Dalam mempertahankan agama Islam, hak Melayu, bahasa Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

"Tetapi malangnya ketika presiden kita ditindas dan ditekan oleh Mahathir, kita pula menjadi bangsat dan meminta presiden untuk bercuti. Agenda siapa ini, Asyraf?" katanya dengan nada keras.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pemuda Umno tadi, Asyraf berkata Zahid wajar melepaskan sementara jawatan itu agar dapat memberi tumpuan kepada kes pertuduhannya di mahkamah.

"Tidak adil bebankan Ahmad Zahid dalam keadaan Umno terus bergerak ke hadapan. Berehat bukan bukti dia bersalah atau lepaskan jawatan," katanya.


Lokman berkata jika benar langkah itu boleh menjamin kekuatan Umno, sebaiknya Asyraf turut meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda yang gagal.

"Saya cabar kamu letak jawatan dan buat pemilihan semula. Saya akan lawan. Kalau kamu tak boleh memimpin pemuda untuk pertahankan parti, bubarkan," katanya lagi.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Mohamad Hassan memberitahu pemberita bahawa Umno mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tinggi bercuti jika berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.

Walau bagaimanapun, katanya, jika mereka kemudiannya didapati tidak bersalah, pemimpin berkenaan boleh meneruskan kedudukan mereka.

Minggu lalu, Ahmad Zahid didakwa dengan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.


'Nabi tak diperintah bercuti'
Mengulas lanjut, Lokman berkata seruan Asyraf itu pasti akan menyebabkan perpecahan dalam Umno di saat usaha agar parti itu terus relevan giat dijalankan.

"Di saat kita usahakan Umno kembali relevan, kamu gagal laksana tugas sebagai ketua pemuda dan hari ini sibuk suruh Zahid bercuti.

"Ia sudah pasti undang perpecahan dalaman. Apa tujuan kamu laga-lagakan pemimpin?

"Apakah Rasulullah tidak pernah difitnah, dicerca dan dimaki musuh? Pernah diturunkan ayat yang memerintahkan Rasulullah bercuti?" soal Lokman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 08:29 AM | Show all posts
amboi compare dengan nabi

bukan main sis lokman ni sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Humangaiiiiii jilat to a new low kauuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak jawatan la wak..bagi org muda buat kerja...kalo dulu najib beban umno skrg sama la wak pon beban jua....humban semua yg x amanah tu dlm lolp.pemimpin datang dan pergi tapi parti tetap disitu ..move on rakyat perlukan pembangkang yg kuat bukan pembangang
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Petik2 nama nabi hujung2 jawatan ketua pemuda pun kau nak sakau..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
amboi, asal boleh petik agama.. awat, nabi pernah maki org ka waktu ditanya org lain? nabi pernah reveal keburukan org lain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh si Lokman ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow untongla dlm umno ada pemimpin ma'sum, blh samakn ngan nabi. Btul kata wak tempe umno masih ditakuk lama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingginya darjat zahid sampai nak compare dgn Nabi

Astaghfirullahalazim
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:06 AM | Show all posts
pak jahid ni mcm takde aura.. payah la nak ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 26-10-2018 08:41 AM
Petik2 nama nabi hujung2 jawatan ketua pemuda pun kau nak sakau..

Tak tahu malu langsung
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semakin byk golongan mcm lokman dlm umno bagi rakyat makin menyampah dan x hingin undi bn balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial punya hanjeng. Nak samakan zahid bacul dengan nabi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semenjak comolot dgn PAS ne ....jual agama saja Umnu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:52 AM | Show all posts
bergaduh la pemimpin parti sesama sendiri..
baik pemimpin fikir masa depan parti tu..


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
goblokman ini trojan horse madey penyamun ka? makin cepat jahanam umngok ni klu ramai org mcm goblokman nih... koh3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 10:00 AM | Show all posts
ujung-ujung petik nama nabi..
dasar penunggang agama..
nabi tu sifat dia dah tentu jauh bertiang dari kita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 10:12 AM | Show all posts
Apa cekih bandingkan ngan Nabi? Apa cekih tanya pasal ayat yang memerintahkan Nabi bercuti?

Harap-harap x de la pulak yang nak tulis buku 50 sebab kenapa Zahid kena bercuti/berundur
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 10:26 AM | Show all posts
amboiii amboiii ko lokman....
cool ler sikit beb... kot jer menjilat jgn la over2 sgt...

setiap ahli parti berhak kot bersuara
nama juga demokrasi... pehal nak sentap2 sgt...
da betul apa berehat kejap... tak salah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 10:27 AM | Show all posts
sejak kalah ni lokman ni makin sewel nampaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.463393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list