Neelofa, artis yang sangat hangat diperkatakan era ini, sama ada menerusi kerjayanya, fesyen, kontroversi atau apa sahaja yang dilakukan oleh bekas Dewi Remaja ini selalu menjadi perhatian. Terbaharu, beritanya yang bercuti di vila mega mewah The Muraka, Conrad Maldives yang berharga RM200,000 semalam sangat menakjubkan netizen Malaysia. Apatah lagi Neelofa adalah individu ketiga yang menikmati pemandangan vila bawah laut pertama di dunia ini.
Namun, timbul persoalan dalam kalangan segelintir netizen mengenai kebijakan Neelofa. Kenapa dia sentiasa disebut-sebut sebagai artis bijak, sedangkan dia hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja? Biarpun mendapat keputusan cemerlang 10A, tetapi disebabkan dia tidak menyambung mana-mana kolej, adakah dia wajar digelar bijak? Sepatutnya perkataan ini digugurkan kerana jelas menunjukkan salah faham mengenai istilah bijak tersebut.
Kredit foto: Twitter
Bagi netizen ini, ramai yang menyanjung Neelofa atas kebijaksanaan mengendalikan perniagaan tudung hingga menjadikannya jutawan, itu tidak mengapa. Tetapi untuk mengatakan Neelofa bijak sejak dari awal pembabitan seni hingga sekarang dengan mengusung gelaran 10A SPM sudah tidak lagi relevan sekarang.
Hanya mengambil kursus pendek lakonan di New York bukanlah tiket untuk melabelkan Neelofa bijak, sedangkan ramai lagi artis lain yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tidak dilabelkan sedemikian rupa. Antara artis yang perlu digelar bijak ialah Redza Minhat dan Soo Winci.
Namun begitu, ia mengundang kemarahan netizen lain yang meminta penjelasan mengenai istilah bijak itu sendiri.
Kredit foto: IG
Jika dirujuk maksud bijak daripada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah selalu menggunakan akalnya, pintar, pandai : Orang -tidak akan melakukan sesuatu dengan terburu-buru (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Kredit foto: IG
"Sebab dia kaya, ramai followers, so dia bijak."
Bagi peminat Neelofa, kebijaksaan bukan sahaja terletak pada segulung ijazah semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Kehebatannya menarik perhatian orang ramai dengan fesyen-fesyennya hingga tular menjadikan dia subjek yang sentiasa diperkatakan. Jadi, bijak di sini juga bererti pandai meraih peluang yang ada di depan mata.
Jadi, apa pula pendapat anda? Bijak dinilai hanya dari segi akademik atau nilai hidup itu sendiri? Atau mungkin netizen perlu berhenti mencanang keputusan SPM Neelofa 12 tahun dahulu sebaliknya memfokuskan kebijaksanaanya sekarang?- CARI
|