CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 0

Universiti Malaya Tersenarai Di Ranking 19 Terbaik Di Asia

[Copy link]
Post time 25-10-2018 01:22 PM | Show all posts |Read mode


Kredit foto: www.thestar.com.my



Tahniah buat Universiti Malaya (UM) kerana berjaya memperkukuhkan kedudukannya dalam Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings (QS-AUR 2019).


Memetik laporan mStar, Universiti Malaya (UM) dilaporkan melonjak sebanyak empat anak tangga daripada kedudukan ke-23 tahun lalu kepada ke-19, tahun ini.



Kredit foto: carian internet



Selain UM, empat universiti penyelidikan (RU) lain turut berada dalam kelompok 50 universiti terbaik Asia, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada kedudukan ke-34, Universiti Kebangsaan Malaysia (41), Universiti Sains Malaysia (43) dan Universiti Teknologi Malaysia (47).




Kredit foto: www.mstar.com.my



QS-AUR 2019 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan sebanyak 24 universiti Malaysia berada dalam kelompok 500 universiti terbaik Asia, sekali gus membuktikan penawaran sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau ini.


Beberapa universiti awam (UA) turut menunjukkan pencapaian membanggakan antaranya Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada pada kedudukan ke-128, Universiti Teknologi MARA (137) dan Universiti Islam Antarabangsa (143), Universiti Malaysia Sabah (206), Universiti Terengganu Malaysia (291-300), Universiti Pendidikan Sultan Idris (401-450) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (451-500).


Sementara itu, tiga universiti teknikal Malaysia iaitu Universiti Malaysia Pahang turut menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila berada pada kedudukan ke-188, Universiti Malaysia Perlis (201) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (301-350).- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055215 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list