|
KOTA BHARU: Sejak tiga tahun lalu, enam beranak ini terpaksa tinggal di dalam stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus di sini.
Ibu tunggal bersama empat anak dan emaknya memilih lokasi itu atas keizinan penyewa bangunan kedai berkenaan yang simpati dengan kemiskinan keluarga terbabit.
Bagaimanapun, kini Miss Najwa Lipayang, 31, terpaksa mencari rumah baru apabila penyewa itu mahu berpindah pada hujung bulan ini.
Katanya, dia buntu mencari tempat berteduh lain kerana stor berkenaan sudah sebati dengannya dan empat anak, Nur Iris Natasya Mohd Khalis, 10, Muhammad Hafiz Danial, 6, Muhammad Hazim, 4 dan Aina Syuhada, 2, serta ibunya, Ruzana Ahmad, 53.
“Kami tinggal di sini sejak tiga tahun lalu atas ihsan penyewa berkenaan. Kami mula-mula tinggal di situ selepas mengambil keputusan berpindah keluar dari rumah nenek suami di Melor untuk mencari rezeki di Kota Bharu.
“Bagaimanapun, malang menimpa apabila saya diceraikan suami awal Januari tahun ini dan terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara anak yang masih kecil dan bersekolah.
“Pendapatan saya yang bekerja sebagai pembantu gerai antara RM20 dan RM25 sehari, hanya cukup-cukup makan saja. Ia bergantung kepada keuntungan jualan yang diperoleh majikan.
“Upah itulah yang saya gunakan membeli lauk-pauk untuk mengisi perut kami sekeluarga selain perbelanjaan persekolahan anak,” ketika di sini, semalam.
Dia yang berasal dari Thailand menetap di negeri ini sejak 11 tahun lalu selepas berkahwin pada 2007.
Menurutnya, stor yang dihuni hanya ada satu ruang dan di situlah tempat mereka tidur dan makan.
“Apabila hendak membuang air, kami terpaksa menumpang tandas kedai yang terletak beberapa meter dari stor manakala kalau mandi, anak akan mandi di luar rumah,” katanya.
Katanya, dia kini berusaha mencari rumah sewa murah dan mampu ditanggung bayaran bulanannya.
Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 03011-41-00008747-3 atas nama Nur Airis Natasya atau menghubungi Miss Najwa di talian 016-2552846.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Oktober 2018 @ 7:54 AM |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya.. anak berderet.. diceraikan pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan thread ni smlm dah ada ke? |
|
|
|
|
|
|
|
masuk ni thread yang ke 3 dah, Momod byk tido ni...dia pun lebih kurang gak, buka thread yg sama byk2...
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya...kenapalah lelaki zaman ni mcm ni...xke lelaki sepatutnya melindungi kaum wanita...xd perasaan ke buat anak anak mcm tu...semoga kakak ni dpt tempat berteduh |
|
|
|
|
|
|
|
Nama dia mmg ada Miss eh |
|
|
|
|
|
|
|
majlis perbandaran kota bharu tak mo ke saman bapak budak ni..? majlis agama pon tak nak tangkap ke bapak budak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak bderet.. Haram kalau planning anak kata lobai spm x lepas |
|
|
|
|
|
|
|
“Bagaimanapun, malang menimpa apabila saya diceraikan suami awal Januari tahun ini dan terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara anak yang masih kecil dan bersekolah.
cerai stail kebanyakan jantan msia, dgn anak2 sekali dibuang. dah tua merepot kat rumah kebajikan esok, baru ingat kat anak2. bangkai punya bapak. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak Kencing Kena Tumpang Kedai- Enam Beranak Merempat Di Kelantan, Duduk Dalam S
Kemiskinan memaksa enam beranak terpaksa tinggal dalam stor kedai yang berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus Kota Bharu.
Ibu tunggal yang tinggal bersama empat anak Nur Iris Natasya Mohd Khalis, 10, Muhammad Hafiz Danial, 6, Muhammad Hazim, 4 dan Aina Syuhada, 2,dan ibunya Ruzana Ahmad, 53 mendapat keizinan penyewa bangunan kedai berkenaan yang bersimpati dengan nasibnya.
Bagaimanapun menurut Harian Metro, Miss Najwa Lipayang, 31, kini terpaksa mencari tempat teduh yang lain kerana penyewa tersebut mahu berpindah pada hujung bulan ini.
Foto: Harian Metro
“Kami tinggal di sini sejak tiga tahun lalu atas ihsan penyewa berkenaan. Kami mula-mula tinggal di situ selepas mengambil keputusan berpindah keluar dari rumah nenek suami di Melor untuk mencari rezeki di Kota Bharu.
“Bagaimanapun, malang menimpa apabila saya diceraikan suami awal Januari tahun ini dan terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara anak yang masih kecil dan bersekolah.
“Pendapatan saya yang bekerja sebagai pembantu gerai antara RM20 dan RM25 sehari, hanya cukup-cukup makan saja. Ia bergantung kepada keuntungan jualan yang diperoleh majikan.
“Upah itulah yang saya gunakan membeli lauk-pauk untuk mengisi perut kami sekeluarga selain perbelanjaan persekolahan anak.”
Wanita yang berasal dari Thailand itu telah menetap di Kelantan sejak 11 tahun lalu selepas berkahwin pada 2007.
Tambahnya, stor yang dihuni itu hanya ada satu ruang dan si situlah mereka tidur dan makan.
“Apabila hendak membuang air, kami terpaksa menumpang tandas kedai yang terletak beberapa meter dari stor manakala kalau mandi, anak akan mandi di luar rumah.'
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 03011-41-00008747-3 atas nama Nur Airis Natasya atau menghubungi Miss Najwa di talian 016-2552846. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
wowww ini dah thread ke-4 pasal kakak ni rasanya dalam CI..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Harap tuan baru kedai tu kasi je la stay free. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Harap tuan baru kedai tu kasi je la stay free. |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade busyyyyy banhammer musuh-musuh dia jah... Itu mission dia utk jd Moderator... Setakat thread berulang sejuta kali punnn dlm CI ni dia who are yousss kan jah... Hadaplah thread berulang mcm ASTRO!
cc: @Modngengade
@admin6
|
|
|
|
|
|
|
|
Miskin tapi keadaan dalam rumah kemas dan tersusun.. ni baru betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Mana ntah acik tu pergi. Ni hah thread berulang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf tak perasan pulak tered dah ada. Kenapa memfitnah orang begitu sakali? Awak ingat moderator ni 24-7 kat forum sahaja?Awak tak puas hati dengan moderator sebab kawan-kawan awak kena ban? Sila bersangka baik dengan orang lain ye.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|