Tidak dapat dinafikan bahawa rawatan alternatif masih menjadi pilihan sebilangan pesakit walaupun kaedah perubatan baru dan terkini diperkenalkan.
Rawatan alternatif seperti bekam juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Bekam adalah kaedah perubatan kuno mengeluarkan darah berlebihan atau darah bertoksin dan angin daripada tubuh seseorang.
Kredit foto: HarakahDaily
Malah, kini juga terdapat klinik-klinik yang menyediakan kaedah rawatan bekam klinikal.
Bagaimanapun, kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila tular sebuah video dipercayai berlaku di Indonesia memaparkan bayi berusia 40 hari menjalani kaedah rawatan bekam.
"ara pengamal (kaedah perubatan bekam) jangan ragu mempraktikkan rawatan bekam terhadap bayi," kata suara dipercayai jurubekam.
Video yang dikongsikan menerusi Facebook Info Ibu Hamil Malaysia itu mendapat kecaman netizen yang khuatir akan keselamatan bayi berkenaan.
Bayi ada darah kotor ke?
Selain bersimpati dengan nasib bayi itu, ramai netizen menyifatkan tindakan ibu bapa dan jurubekam terbabit sebagai terdesak dan 'bodoh'.
Mengarut, ini menyeksa anak namanya!
Namun, segelintir netizen berfikiran positif dan menganggap bayi itu menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat dengan kaedah perubatan moden dan ibu bapanya tiada pilihan hingga terpaksa memilih kaedah rawatan bekam.
Malah, salah seorang jurubekam mendakwa memang ada negara luar mengamalkan kaedah rawatan berkenaan tanpa mengira had umur.
"Di Maghribi, bayi yang mengalami demam, batuk atau selesema akan melakukan kaedah rawatan bekam angin," katanya.
Kredit foto: FB Info Ibu Hamil Malaysia
Ilmu berbekam ini luas dan mungkin kita di Malaysia saja yang tidak biasa melihat bayi menjalani kaedah rawatan bekam.
Pun begitu, dapatkan kepastian daripada yang pakar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian atau 'gelojoh' membawa anak kecil untuk berbekam, okey? - CARI |