Kredit foto: Utusan Online
Kejohanan Sukan Para Asia Jakarta 2018 yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia baru sahaja melabuhkan tirai. Menariknya, sekali lagi atlet paralimpik negara mengukir kejayaan dengan membawa pulang 17 pingat emas dan ia merupakan pencapaian terbaik negara dalam sejarah sukan para Asia.
Jika suatu ketika dahulu, sukan paralimpik negara ini dipandang sepi kerana kurang mendapat perhatian tetapi ia telah membuka mata ramai pihak apabila kejayaan demi kejayaan dirangkul oleh atlet-atlet sukan paralimpik seperti Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Puzi, Latiff Romly dan ramai lagi dalam setiap kejohanan yang disertai. Kejayaan mereka diraikan dengan begitu meriah kerana berjaya mengharumkan nama negara.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak berpuas hati dan kecewa dengan layanan yang tidak adil diberikan kepada atlet paralimpik negara yang baru pulang dari Kejohanan Sukan Para Asia Jakarta 2018 baru-baru ini. Ini kerana para atlet yang menang medal dibenarkan melalui jalan hadapan sebaik tiba di LapanganTerbang Kuala Lumpur (KLIA) manakala yang kurang bernasib baik melalui jalan lain. Para atlet yang menang disambut meriah dengan kehadiran beberapa orang menteri bagi meraikan kejayaan mereka.
Syed Saddiq beri respon
Hal ini mendapat respon daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang turut perasan dengan situasi tersebut. Beliau bagaimana pun telah berjumpa dengan para atlet yang tidak memenangi medal dan tetap berasa bangga dengan usaha mereka dalam kejohanan sukan tersebut.
Tak patut pilih kasih
Ada netizen yang juga perasan dengan sambutan dan layanan yang tidak adil terhadap para atlet paralimpik negara. Ada yang turut melahirkan rasa kesal dan ada yang cuba untuk bersangka baik.
Siapa yang bagi arahan?
Netizen juga mempersoalkan bagaimana keadaan sebegitu boleh berlaku dan siapakah yang bertanggung jawab memberi arahan supaya atlet yang memenangi medal sahaja dibenarkan melalui jalan hadapan yang mana disambut oleh menteri-menteri, ahli keluarga dan orang ramai.
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada semua atlet paralimpik yang sentiasa berusaha untuk mencipta pencapaian terbaik sekaligus mengharumkan nama negara. - CARI |