Wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 27 di apartmen kediamannya di Panama City ketika cuba mengambil swafoto di balkoni.
Memetik METRO, Sandra Manuela Da Costa Macedo, 44, dikatakan sedang mengambil swafoto apabila dia tergelincir ketika sedang bertenggek di atas besi selusur balkoni kerana cuba bersandar padanya.
Difahamkan, buruh bina yang bekerja di bangunan berhampiran merakamkan detik wanita itu sedang berswafoto dalam keadaan membahayakan beberapa saat sebelum dia terjatuh dari bangunan berkenaan.
Sumber kejadian berkata, ibu dua anak itu masih memegang kayu swafoto ketika terjatuh.
Kredit foto: METRO/Twitter
Paramedik dikerahkan ke Menara Luxor yang terletak di El Cangrejo kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan, namun gagal menyelamatkannya dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis percaya mangsa terjatuh kerana hilang keseimbangan akibat angin yang kuat.
Menurut laporan media tempatan, Sandra baru saja berpindah ke Panama dan sebelum ini dia mengajar di beberapa sekolah di Portugal. - CARI
|