CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

[2019] Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal di Pawagam 2019

  [Copy link]
Post time 4-4-2019 01:42 PM | Show all posts
suara sapa ek yg jd penyanyi tu..yg jadi laksamana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 4-4-2019 01:42 PM
suara sapa ek yg jd penyanyi tu..yg jadi laksamana?

Best kannn. Lagu pun best
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 03:52 PM | Show all posts
berbaloi ke tengok? tak tengok lagi. ingat nak pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bru lepas layan pagi tadi... citer dia best.. ade sedih.. ade lawak...and mmg lawa kowt animasi dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 4-4-2019 01:42 PM
suara sapa ek yg jd penyanyi tu..yg jadi laksamana?

fakhrul razi penyanyi dari brunei
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tak suka bab scene lawan. lama sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2019 09:05 AM | Show all posts
RED 666 replied at 7-4-2019 10:48 PM
fakhrul razi penyanyi dari brunei

sedap..kejap2 mcm m nasir tp suara mcm younger than M nasir,rupanya bukan dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 8-4-2019 09:05 AM
sedap..kejap2 mcm m nasir tp suara mcm younger than M nasir,rupanya bukan dia

mcm suara mawi pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2019 12:03 PM | Show all posts
ada sesiapa yang tahu tak bila last tayangan upin ipin ni di pawagam?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 11:08 AM | Show all posts
mizz5006 replied at 9-4-2019 12:03 PM
ada sesiapa yang tahu tak bila last tayangan upin ipin ni di pawagam?

Entahlah uols. Tapi dekat website GSC, movie ni still no 4 lg .Tp tgk hall pun dah x banyak . Hujung minggu ni ada lagi tp x taulah minggu depan ada lagi ke x. Kalau uols belum tgk, baik tgk cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:43 PM | Show all posts
i dah tua ni pun tingin nak tengok gak, selalu tengok kat TV je.
tapi anak 2 i yang besar tu gelak2kan...
salah ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 03:58 PM | Show all posts
Beraapa dah kutipan Upin Ipin setakat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 04:35 PM | Show all posts
ruhanizza replied at 10-4-2019 11:08 AM
Entahlah uols. Tapi dekat website GSC, movie ni still no 4 lg .Tp tgk hall pun dah x banyak . Huju ...

hmm.ye kee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah layan Upin Ipin Movie, tapi yang nih 1st time tengok di panggung, rasa kagum pulak dgn animasi M’sia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 10:40 AM | Show all posts
belum tengok lagi...harap2 astro keluarkan cepat

review cerita ni semua kata best
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 01:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 09:46 AM | Show all posts
Tahniah , dah RM 25 Juta
Upin & Ipin kutip RM25 juta

KUALA LUMPUR: Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mengutip RM25 juta selepas 21 hari tayangan dengan jumlah penonton mencecah dua juta orang.

Pencapaian itu membolehkan filem animasi kedua terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, mencatat rekod sebagai filem animasi yang meraih kutipan tertinggi di pawagam tempatan, menewaskan judul antarabangsa, Incredibles 2.



Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berbangga filem yang mula ditayangkan pada 21 Mac lalu, mampu mencatat kutipan tinggi dalam tempoh tiga minggu.

“Kutipan filem animasi tertinggi sebelum ini diraih Incredibles 2. Jumlah pungutan adalah sama tetapi selepas filem berkenaan ditayangkan tiga bulan. Sebaliknya, kita berjaya meraih kutipan RM25 juta dalam tempoh 21 hari.

“Pasti saya berbangga kerana kami dapat menghasilkan karya yang bagus dan digemari setiap peringkat umur.

“Bukan hanya kanak-kanak, malah ibu bapa menontonnya berulang kali. Saya dapat tahu ada yang pergi menonton antara empat hingga lima kali,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Burhanuddin berkata, dianggarkan penonton tegar filem Upin & Ipin tidak ramai, iaitu antara 200,000 hingga 300,000 orang sahaja.

“Jadi jika hendak mengharapkan mereka saja, kita tidak mampu mencapai pulangan modal. Audiens yang berulang kali menonton inilah yang banyak membantu.

“Terima kasih atas sokongan peminat tempatan yang memilih menonton di pawagam dan mengelak membuat rakaman untuk dimuat naik di laman sosial,” katanya

Burhanuddin berkata, kos penerbitan filem terbabit adalah hampir RM20 juta, menjadikan ia filem animasi termahal di Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran tempatan.

Sementara itu, beliau berkata, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal akan ditayangkan di Vietnam pada 26 April, disusuli Indonesia mulai 9 Mei depan.

“Minggu hadapan, saya akan menandatangani perjanjian bersama syarikat China untuk membawa masuk filem ini ke negara itu.

“Kami turut mendapat permintaan Uzbekistan dan India. Syukur, ini dianggap suatu kejayaan hebat untuk filem tempatan kerana bukan mudah filem kita dibawa ke luar negara.

“Saya harap filem ini akan menjadi filem global dari Malaysia yang mengetengahkan kisah dongeng tempatan,” katanya.

Burhanuddin berkata, filem berkenaan tidak akan ditayangkan di televisyen (TV) tempatan dalam tempoh terdekat, bagi memberi ruang dipertontonkan di pasaran antarabangsa.



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Excitednya nak pi tengok. Tapi mengenangkan anak aioll keck lagi,tunggu astro first je la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:30 AM | Show all posts
Semalam menyempatkan diri pergi tgk Upin & Ipin sbb masa cuti skolah tu 1 family pergi bercuti sampai 10 hari.. minggu ni baru free.. so far anak2 enjoy sgt.. anak yg 1st tu siap dah hafal lagu yg nakhoda ragam tu nyanyi.. maybe da dgr kat youtube.. yg kecik umur 2 thn enjoy sgt.. sbb die da kenal watak upin ipin tu.. brtepuk2 tgn die sepanjang cerita.. plot twist utk kebykan cerita dongeng tu best..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 09:36 AM | Show all posts
Depa btoi2 wat homework, kerja x cincai....sampaikan amik penyanyi Brunei itself utk nyanyikan lagu Nakhoda Ragam, ye lah, ikutkan mmg Nakhoda Ragam dari Brunei kan....so bila nyanyi lenggok bahasa pun x lari .... good job Les Copaque! Harap byk la company invest ngan derang nih for their next next movie....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.088343 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list