CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 924|Reply: 2

Berat Badan Memang Susut Tapi Chong Wei Semakin Sihat - Presiden BAM

[Copy link]
Post time 12-10-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengirimkan gambar terbaru beliau bersama Chong Wei dalam akaun Instagramnya semasa kunjungan ke rumah pemain itu, dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik tersebut kelihatan kuat serta sihat.


Kredit foto: www.mstar.com.my



Memetik laporan mStar, Norza memaklumkan, walaupun pemain itu kehilangan berat badan hampir lima kilogram tetapi dia nampak ceria bersama keluarga sejak kembali selepas menjalani rawatan selama lebih dua bulan di Taiwan, Ahad lalu.

"Dia amat gembira dengan kejayaan Lee Zii Jia dalam Terbuka Taiwan lalu. Kami ada berbincang serba sedikit tentang BAM dan kedudukan badminton negara selepas Sukan Asia. Saya amat gembira melihat keadaannya sekarang," katanya.


Norza, yang berkunjung ke rumah Chong Wei hari ini, berkata bekas pemain No. 1 dunia itu mungkin memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk berehat dan menguatkan sistem imunisasi badannya sebelum boleh berjumpa orang ramai.


"Dia seakan sudah pulih sepenuhnya dan hanya memerlukan rehat untuk beberapa minggu. Dia sudah hilang berat badan, namun dia juga amat gembira dengan keadaannya. InsyaAllah keadaan akan bertambah baik nanti," tambahnya lagi.


Pada pertemuan itu, beliau berkata, mereka membincangkan rawatan yang dilalui oleh pemain itu serta perkembangan prestasi skuad negara.


Ditanya bila pemain No. 1 itu dijangka kembali ke gelanggang, Norza berkata: “Belum bincang lagi perkara itu kerana yang paling penting adalah kesihatan beliau. Yang pentingnya, kami mahu menentukan Chong Wei rehat secukupnya dan pulih seperti sediakala”.


Terdahulu BAM mendedahkan bahawa Chong Wei menderita kanser hidung selepas spekulasi mengenai penyakitnya menjadi tular di sosial media.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 03:44 PM | Show all posts
tak nampak kurus pun...camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 04:29 PM | Show all posts
get well soon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.091645 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list