CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1260|Reply: 2

PRK PD: Ezam Gesa Pengundi Tolak Anwar & Isa Samad

[Copy link]
Post time 12-10-2018 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Menjelang Pilihan Raya Kecil( PRK) di Port Dickson yang hanya tinggal sehari sahaja, masyarakat tempatan digesa tolak calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.


Memetik laporan Malaysiakini, gesaan itu dinyatakan oleh pengerusi HISBAH, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang juga bekas setiausaha politik Anwar kira-kira 20 tahun lalu.


Kredit foto: https://malaysiaupdates.com




Menurut Ezam, tiada alasan munasabah diberikan dan menyebabkan wang negara terpaksa digunakan hanya untuk melaksanakan PRK yang tidak perlu.

"Anwar wajar ditolak kerana sanggup membeli laluan untuk kembali ke Dewan Rakyat dengan cara “mempengaruhi dan mungkin juga memaksa” penyandang kerusi itu melepaskan jawatan."


"Bagi Isa pula, dia pernah dikaitkan dengan politik wang selain berdepan pelbagai dakwaan berkaitan salah laku urus tadbir yang belum dituntaskan."


Tambah beliau, pengundi PD bebas mengundi calon-calon lain kerana mereka tidak didapati melanggar prinsip-prinsip penting dari sudut urus tadbir negara dalam persoalan kepimpinan.


Ezam mengakui sebelum ini pernah mempertimbangkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu tetapi tidak muncul di hari penamaan calon.


Beliau berkata mempertimbangkan perkara itu atas alasan didesak “kalangan pejuang awal reformasi”.


PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Anwar, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk Isa serta bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya.


Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 03:35 PM | Show all posts
dah tu nak undi sape ni? takkan saipul kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 03:43 PM | Show all posts
kotak mana kotak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060921 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list