CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4056|Reply: 40

[Tempatan] Kerana enggan teruskan hubungan, sumandak borneo minum clorox

[Copy link]
Post time 10-10-2018 03:27 PM | Show all posts |Read mode
ENGGAN meneruskan hubungan dengan teman lelakinya, gadis sanggup minum cecair peluntur di rumah keluarganya di Batu 12, dekat Sandakan, semalam.

Gadis berusia 20 tahun yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu, mengalami muntah dan sakit perut kira-kira 9 pagi sebelum dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent.

Menurut sumber, sebelum kejadian gadis itu dikatakan bertengkar dengan ibunya selepas ditegur supaya menjaga sikapnya di hadapan keluarga teman lelakinya yang datang ke rumah.

“Teman lelakinya datang ke rumah bersama ahli keluarga dipercayai untuk membincangkan berkenaan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, gadis itu enggan meneruskan hubungan kerana mendakwa lelaki itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber itu berkata, gadis itu kemudian meminum cecair peluntur.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Gadis itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 2:35 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
baru bf , ko nk minum clorox kenapa, cari penyakit. dia taknak teruskan sebab bf curang, pastu dia minum clorox.. cemana konpunya pendekatan ni dek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2018 03:36 PM | Show all posts
buapakperut replied at 10-10-2018 03:35 PM
baru bf , ko nk minum clorox kenapa, cari penyakit. dia taknak teruskan sebab bf curang, pastu dia m ...

sumandak sabah memang bimbo dekkk

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 03:37 PM | Show all posts
Modngengade replied at 10-10-2018 03:36 PM
sumandak sabah memang bimbo dekkk

Marah sis @chazey tu nanti bila sis kata macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 10-10-2018 03:36 PM
sumandak sabah memang bimbo dekkk

Tapi dia belajar kat U sis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2018 03:46 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 10-10-2018 03:44 PM
Tapi dia belajar kat U sis....

kalau sekadar u bertaraf pprt, akak sekadar senyum sinis saja pada para graduannya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 10-10-2018 07:36 AM
sumandak sabah memang bimbo dekkk

ingatkan kau nyanyi lagu c vekvet tadi.. sumandak sabah mana kau mau cariii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2018 04:08 PM | Show all posts
samasam90 replied at 10-10-2018 04:06 PM
ingatkan kau nyanyi lagu c vekvet tadi.. sumandak sabah mana kau mau cariii..

lagu saper tu sister?  who are yuss sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 04:11 PM | Show all posts
Patutnya ko sumbat jer mulut bf ko tu dengan clorox. Bukan ko yang minum.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sumandak sabah cun2...cuma si chazey tu tak tau le layak ke x masuk kategori cun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2018 04:18 PM | Show all posts
grouper replied at 10-10-2018 04:14 PM
Tapi sumandak sabah cun2...cuma si chazey tu tak tau le layak ke x masuk kategori cun

sis  @chazey sila tepek gambar bagi menyangkal tohmahan tidak berasas ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 04:39 PM | Show all posts
Muda lagi tapi sudah bebal
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 05:10 PM | Show all posts
diselamatkan??/
dik kalau mu hidup pun..sakit mcm2 , organ dlm dah rosak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin kopi clorox dulu boleh sembuhkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih bila penuntut universiti berfikiran level budak fail SPM
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade: sis   @chazey  sila tepek gambar bagi menyangkal tohmahan tidak berasas ini


Yang pasti ex sheols rembes skala tinggi despite perangainya. Sheols lah yg kata. Mohon sis chazey tampal gambar ex untuk proses evaluasi bak kata kabedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 cara boleh tolak bf tu. Contohnya, minta  mahar tinggi sebanyak 90k ke..adoi la dik. Rugi badan sendiri yang sakit sebab orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak xnak mak toksah lah paksa.. Yg gi marah anak ko tu ngape... Percaya sgt ke kt bakal menantu tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 06:21 PM | Show all posts
Macamana la dia boleh telan clorox tu?
Sedangkan terbau sikit pun dah rasa sakit dada..ni kan pulak nak minum..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 10-10-2018 03:35 PM
baru bf , ko nk minum clorox kenapa, cari penyakit. dia taknak teruskan sebab bf curang, pastu dia m ...

Patutnya bg bf tu minum clorox
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058878 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list