Siapa tidak kenal Hafidz Roshdi, artis lelaki yang boleh tahan kacak yang pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Kini, beliau sudah berkahwin dan bahagia bersama isteri dan seorang anak perempuan yang diberi nama Humairah.
Masalah kecacingan yang dialami Humairah sejak si kecil itu kecil lagi mendatangkan kebimbangan kepada Hafidz. Mereka juga telah berikhtiar berjumpa doktor namun doktor tidak menyarankan pemberian ubat cacing kepada bayi yang berumur kurang dari setahun kerana boleh menganggu perkembangan otak.
Foto: IG Hafidz Roshdi
Hafiz dan isteri beralih arah kepada perubatan tradisional iaitu daun ketum.
Namun netizen tidak usahlah risau, bukan air ketum yang memabukkan dan diharamkan kerajaan itu ya, tapi hanya daun ketum yang dilayurkan atas api, kemudian dibiarkan suam dan diletakkan dia atas perut si comel Humairah. Begitulah petua Ibu kepada Hafiz yang juga boleh diamalkan oleh netizen !
Menurut Hafiz, hanya sekali proses tersebut dilakukan kepada Humairah dan ternyata berkesan. Humairah kebali normal dan aktif seperti biasa.
Wah petua baru ni, bagi ibu bapa yang mempunyai bayi yang ada masalah cacing dalam perut, boleh cuba! -CARI
Sumber: Majalah Pa&Ma online
|