CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 14

'The Star' Digesa Minta Maaf Kepada Dr Mujahid Dalam Tempoh 24 Jam

[Copy link]
Post time 8-10-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Selain menafikan tajuk laporan yang memetik beliau sebagai berkata bahawa serbuan ke atas premis persendirian yang disyaki menjadi lokasi khalwat atau maksiat akan dihentikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut menggesa syarikat media,The Star memohon maaf secara terbuka.




Kredit foto: http://buletindunia.com



Memetik laporan Berita Harian, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu,  Siti Zulaikha Zulkifli berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.


Tegas Siti Zulaikha, ketika temu bual bersama media berkenaan, menteri terbabit langsung tidak mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.


“Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada beliau (Mujahid),” katanya


"Jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil."


Semalam, akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid’. (‘Tiada lagi kepolisan moral’ dan ‘Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid’).- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 12:05 PM | Show all posts
udah x menaku pulak..  u-turn lagi ka mujahid??  walhal atok n mahacai dah sokong mati matian  ..  hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:14 PM | Show all posts
x baik sapa u turn cite ni. sapa betul ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:28 PM | Show all posts
tapi kan ada video statement mujahid ketetas pasal isu ni..i rasa the star tak spin pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:28 PM | Show all posts
sebelum ni isu lgbt, lepas tu khalwat.  cerdik habis berbanding ahmad maslan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 8-10-2018 12:28 PM
tapi kan ada video statement mujahid ketetas pasal isu ni..i rasa the star tak spin pun

Yes, ada video. Taktau la apa dia nak spin lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2018 12:34 PM | Show all posts
aku sokong no more moral policing lagi.......org kita je yg kononnya nak amal makruf nahi mungkar cara serbu rumah org khalwat...siapa mengajar ntah........
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:51 PM | Show all posts
tobby replied at 8-10-2018 12:05 PM
udah x menaku pulak..  u-turn lagi ka mujahid??  walhal atok n mahacai dah sokong mati matian  ..  h ...

"sampai nak panjat" tu ka? wakakakkakakakakkaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 01:20 PM | Show all posts
Knowlee replied at 8-10-2018 12:32 PM
Yes, ada video. Taktau la apa dia nak spin lagi.

walaupun ada video menteri ph tetap akan coba spin sampai hancing..  contoh dah byk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:21 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 8-10-2018 12:34 PM
aku sokong no more moral policing lagi.......org kita je yg kononnya nak amal makruf nahi mungkar ca ...

mujahid dah nafikan    dia kata akhbar spin
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 8-10-2018 01:20 PM
walaupun ada video menteri ph tetap akan coba spin sampai hancing..  contoh dah byk

Haha. Kerja dia spin saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 8-10-2018 04:14 PM
Haha. Kerja dia spin saja.

Tun Mahathir sokong Mujahid.

Tapi Mujahid nafi dia kata apa yang Mahathir sokong.

Jika perkara mudah pun kena spin, apatah lagi hal2 besar lain lg byk la spin
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat apa dalam video tu sampai kena troll habis dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 04:58 PM | Show all posts
tobby replied at 8-10-2018 04:49 PM
Tun Mahathir sokong Mujahid.

Tapi Mujahid nafi dia kata apa yang Mahathir sokong.

Saya tak menyebelahi mana2 pihak, cuma saya agak keliru di mana Mahathir & Majlis Belia Malaysia menyokong kenyataan Mujahid sedangkan dalam masa yg sama Mujahid menafikan pernah keluar kenyataan camtu. Jadi yg mana satu betul ni? Mujahid, Mahathir atau The Star?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 09:57 AM | Show all posts
Pencegah maksiat perlu dipilih hanya dari kalangan sukarelawan Muslim yang sudah ada pekerjaan bermakna; yakni produktif dari segi ekonomi. Golongan ini lebih berakal dan sopan. Menggaji individu haprak haprak sebagai pencegah maksiat seperti yang dilakukan sekarang hanya akan menyebabkan pelbagai masalah.  Monyet monyet yang digaji itu bukan saja biadab dari peringkat mengetuk pintu dan memperkenalkan diri lagi, malah mereka akan sentiasa takut kehilangan kerja hinggakan jika mendapati tiada sebarang maksiat dalam bilik yang diperiksa, mereka akan frust tahap gaban dan melatah soalan bodoh bodoh serta memarahi penghuni bilik kerana tidak berkhalwat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.628277 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list