Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dua nama pemimpin yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.
Utusan Malaysia melaporkan, kedua-dua tokoh politik itu bakal hadir di pentas yang sama malam ini di Port Dickson selepas 20 tahun.
Kredit foto: www.malaysianupdate.com
Kemunculan bersama mereka berdua pastinya dinanti-nantikan penyokong Pakatan Harapan khususnya dan amnya rakyat Malaysia.
Restoran yang sebelum ini penuh dengan pelancong, mula berubah wajah padat dengan orang politik.
Meja-meja digabung untuk memboleh semua boleh duduk rapat-rapat dan makan-makan sambil bersembang menganalisis situasi politik semasa.
Dua topik hangat dibincangkan kenapa Dr. Mahathir ke PD.
1. Peluang Anwar untuk menang semakin menipis dek pengaruh calon Bebas Tan Sri Mohd Isa Samad.
2. Dr. Mahathir mahu menafikan tangan ghaib yang menaja calon-calon Bebas adalah beliau.
Walau bagaimanapun, semuanya tetap terletak di tangan pengundi Port Dickson termasuk 30 peratus yang berada di luar dan menjadi kunci kepada kemenangan besar Anwar.- CARI