Di hari bahagia perkahwinan kita pastinya mengimpikan semua urusan berjalan lancar dan semua momen pastinya hendak diabadikandalam bentuk video mahupun gambar.
Tular pula satu videographer yang menyunting video tersebut dengan hadil yang 'luar biasa'. Tidak pasti nak kasihan ataupun marah selepas melihat video perkahwinan salah seorang pelanggannya itu.
Videografi dengan kesan seperti tengok video klip lagu rock dengan gambar motor di atas masjid. Bukan itu sahaja dengan latar belakang lagu yang langsung tak bersesuaian. Dah kenapa?
Pengantin yang menjadi mangsa video buruk tersebut tampil menjelaskan lebih lanjut. Katanya dia ada menghubungi penyunting video tersebut tapi dia seolah-olah tidak bersalah. Lihat perbualannya:
'Video awak ni unik....'
Netizen ramai yang mengecam video tersebut sampai ada yang kata 'budak sekolah edit lagi cantik dari ini'. Sampai ada yang hendak memboikot dan meminta untuk dedahkan nama videographer tersebut.
Susah juga ambil pakej perkahwinan yang semua sudah digabungkan sekali. Takut-takut jadi perkara sebegini. Apa pendapat anda? -CARI |