CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1396|Reply: 5

Produk Vaksin Untuk Pengguguran Haram Berjaya Dirampas- KP Kesihatan

[Copy link]
Post time 5-10-2018 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Semalam Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, dua jenis produk vaksin dan Misoprostol tidak berdaftar dari India berjaya dirampas hasil serbuan yang dijalankan ke atas dua suspek di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk yang dirampas itu terdiri daripada Bio Typh Typhoid Polysaccharide Vaccine, Tetanus Vaccine dan Cytolog Misoprostol Tablet dan dipercayai dijual di pasaran gelap untuk pengguguran haram.


"Sebanyak 350 bebuli produk vaksin tidak berdaftar dengan nilai lebih RM28,000 dan 1,400 biji tablet Misoprostol bernilai lebih RM63,000 berjaya dirampas dalam serbuan kali ini."


"Hasil siasatan awal mendapati produk vaksin ini dijual secara terus oleh warga tempatan kepada klinik-klinik perubatan di sekitar Lembah Klang,” katanya.


Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan produk-produk kesihatan yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang berkuatkuasa.


Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari http://www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg gigih sgt nak gugurkan kandungan ni sejenis lembam kah tak kenal kondom?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 5-10-2018 12:21 PM
Yg gigih sgt nak gugurkan kandungan ni sejenis lembam kah tak kenal kondom?

main pakai sarung tak sedap katanya

umpama korek hidung pakai gloves
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 5-10-2018 12:23 PM
main pakai sarung tak sedap katanya

umpama korek hidung pakai gloves

Bodoh lah yg ada mindset gini. Bila dah sangkut, gelabah nenen nak abort bagai. Tak ke double bodoh namanya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 5-10-2018 12:21 PM
Yg gigih sgt nak gugurkan kandungan ni sejenis lembam kah tak kenal kondom?

Subur sangat kot

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hairan mahu sedap sementara tapi susah dan sakit badan di kemudian hari tak ambil kira. Kan ada banyak jenis kondom yg nipis. Ada banyak pilihan pandai2 lah cari. Atau jangan ejaculate dalam vagina. Suntik ke ambil pil ke (saya tak suka suntik2 atau ambil pil sebenarnya sebab ada side effect). Apalah basic safe sex pun tak tahu. Lagi sanggup termengandung dan ambil ubat abortion yg entah apa2 boleh long term effect rosakkan tubuh badan hanya kerana mahu nikmat yg sementara?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.319019 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list