Model dan blogger fesyen dari Britain, Tracy Kiss, 28, menjadi topik yang trending di media sosial apabila dia mendapat idea untuk menggunakan cebisan kemaluan sebagai bahan terbaru dalam rekaan barang kemas dan perhiasannya.
Kredit foto: Lost at E Minor
Awal tahun ini Tracy telah menjalani satu pembedahan dipanggil labiaplasty di mana sebahagian daripada alat sulitnya telah dipotong kerana kista yang menyebabkan geseran dan rasa perit ketika berhubungan intim.
Tracy telah menceritakan pengalamannya itu dalam blognya secara terperinci.
Kredit foto: Twitter
Susulan daripada pembedahan itu, Tracy mendapat satu idea unik. Hasil daripada pembedahan itu, sebahagian daripada cebisan labianya yang telah dipotong telah digunakannya dalam rekaan barang kemasnya yang terbaru.
Tracy berkata beliau ingin menghasilkan sesuatu yang berharga hasil daripada pengalaman peritnya.
Kredit foto: Yahoo
Walau bagaimanapun, Tracy menghadapi satu masalah utama dalam rekaannya. Kulit pada cebisan labia itu bertukar warna menjadi pucat dan kehitaman.
Untuk menutupinya, Tracy telah melekatkan serbuk glitter untuk menjadikannya lebih cantik dan berkilau.
Kredit foto: Mikeshouts
Barang kemas itu sudah disiapkan bulan lalu, dan kini Tracy sangat bangga memakainya ke mana pun beliau pergi.
'Mungkin tidak cantik bagi orang lain, tetapi barang kemas ini sangat bernilai bagiku' tambah Tracy.
Kredit foto: Metro
Sebenarnya ini bukan sesuatu yang baru bagi Tracy. Sebelumnya pada November 2015, Tracy pernah menggemparkan dunia kosmetik apabila memasarkan krim muka yang diperbuat daripada sperma.
Apa agaknya ciptaan Tracy yang seterusnya? -CARI |