Enam anggota bomba maut ketika usaha menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
ENAM anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikhuatiri lemas di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong, hari ini. Jurucakap Bomba Selangor berkata, kejadian dipercayai ketika mereka terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di lombong berkenaan.
|