CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1950|Reply: 10

Peraturan Dan Undang-undang Pelik Di Seluruh Dunia, Tapi Benar!

[Copy link]
Post time 3-10-2018 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Setiap negara mempunyai kepelbagaian peraturan yang wajib diikuti rakyat masing-masing. Namun, terdapat juga peraturan yang dianggap aneh atau dengan kata lain "mind blown". Manakala, sesetengahnya pula kelihatan agak kelakar dan mencuit hati.



Jom lihat beberapa peraturan aneh dan pelik di dunia berikut!



Kredit foto: Google



1.  Di Somalia, jika didapati melakukan onani (masturbasi), hukumannya adalah penggal kepala. Adoi!


2.  Florida mengenakan hukuman penjara bagi orang bujang yang memakai pakaian sutera.


3.  Di Kansas City, penduduk diwajibkan membawa lampu suluh apabila menyeberangi jalan raya di waktu malam.


4.  Seorang bekas banduan yang berhijrah menaiki kenderaan haruslah memberitahu pihak polis untuk memasuki satu daerah yang lain. Hanya di Washington!


5.  Di Samoa, terlupa ulang tahun isteri dikira sebagai suatu jenayah! Alamak!




Kredit foto: Google




6.  Pelik tapi benar. Di Lousiana, apabila kita mengigit orang menggunakan gigi asli, ianya diangga hanya sebagai serangan ringan. Namun, jika menggunakan gigi palsu, ianya dianggap sebagai serangan agresif atau penganiayaan.


7. Di sebuah daerah di Washington, melakukan perhubungan intim dengan orang bujang dianggap sebagai melanggar undang-undang.


8. Aneh, penduduk di Swiss dilarang membuang air kecil berdiri selepas jam 10 malam.




Kredit foto: Google




9. Sementara itu, Florida menetapkan bahawa kentut di tempat awam selepas jam 6 petang dianggap sebagai perbuatan yang jahat.


10. Di Jeddah, Arab Saudi pula, wanita dilarang sama sekali menggunakan kemudahan kolam renang di hotel sejak 1979.




Kredit foto: Google



11. Oklahoma sangat menghargai anjing. Sesiapa yang sengaja menghias anjing secara keterlaluan boleh ditangkap pihak bekuasa.


12. Di Florida lagi, seorang lelaki yang mengenakan pakaian wanita boleh dihukum denda. Malaysia bila lagi?


13. Di Belvedere, Amerika Syarikat, gajah yang 'park' di parkir diwajibkan membayar duit parkir seperti pemandu lain.


Kredit foto: Google






14. Di Hong kong, seorang isteri yang mendapati suaminya curang dibolehkan untuk membunuh suaminya asalkan dengan tanfan kosong. Manakala, suami yang mendapati isterinya curang, boleh membunuh isterinya dengan cara apa sekalipun. Betul ke?


15. Di Thailand, wanita dilarang meninggalkan rumah tanpa memakai pakaian dalam.


16. Di negara Inggeris, lelaki boleh membuang air kecil di tempat awam dengan syarat harus membuang air di roda belakang kenderaan sambil tangan kanan menyentuh kenderaan. Aduhai, aneh betul.




Kredit foto: Google




17. Di Nevada, adalah salah untuk anda bercumbu dengan wanita jika memilik misai.


18. Ohio menetapkan bahawa polis boleh mengigit anjing jika mereka merasakan perbuatan tersebut boleh menenangkan anjing tersebut. Apakah!?




Kredit foto: Google




19. Di Greece, sesetengah tempat seperti Acropolis, pengunjung dilarang memakai kasut tumit tinggi kerana takut merosakkan bangunan serta barangan bersejarah yang terdapat di sana.



Ha, pelik juga ya sesetengah undang-undang di dunia ini. Jom kongsikan kepada kami peraturan atau benda pelik yang pernah anda dengar! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Obesiti adalah dilarang di Jepun. Garis pinggang mestilah within 31-35". Pelik lah utk negara yg famous dgn sukan sumo
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by oak.balustrade at 3-10-2018 12:23 PM

Penduduk di Milan dimestikan senyum setiap masa kecuali pada majlis pengkebumian / ke hospital. Mereka yang tidak senyum boleh kena denda
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:25 PM | Show all posts
mcm mcm peraturan ……...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Seteruk-teruk negara Korea Utara, teruk lagi luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:52 PM | Show all posts
Kentut pun taboleh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya suka Malaysia...saya boleh buat apa yg saya suka....tada salah..."-Bangla.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 04:06 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-10-2018 01:24 PM
"Saya suka Malaysia...saya boleh buat apa yg saya suka....tada salah..."-Bangla.

bahahahhahahahaha..sabo je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat M'sia lagi....semua kesalahan yg berlaku waima kecik ke besor ' Semua salah Najib' .....pelik tp benar...hnya di msia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat melaysia tercintan merokok di tempat awan adalah dilarang tetapi sesapa yg merokok xpernah kena denda.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 04:49 PM | Show all posts
Di negara jiran, sudah ada cadangan untuk mengharamkan merokok dalam rumah sendiri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.189445 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list