“UMNO tak ada nyawa. Baik buruk adalah kerana pemimpin dan ahlinya."
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengkritik tindakan ahli yang keluar UMNO ketika parti itu sedang berdepan krisis.
Kredit foto: New Straits Times
Ketua UMNO Bahagian Padang Renga situ menegaskan supaya ahlinya mencari jalan untuk memperbaiki imej parti dan berusaha meraih kembali kepercayaan rakyat.
“Jalan mudah (ialah) cabut lari tetapi itu bukan boleh perbaiki UMNO. Ikhtiarlah,” katanya kepada Astro AWANI.
Khairy sebelum itu dalam satu kenyataan menerusi rancangan 'The Breakfast Grille' yang disiarkan BFM pada Rabu mengakui terkilan dan hampir menangis apabila mendapat tahu Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti. - CARI |