CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 2

Kerajaan Bantu Beri Kerja Kepada Golongan Transgender

  [Copy link]
Post time 28-9-2018 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan menyokong baik cadangan Persatuan Insaf Pahang (PIP) melaksanakan program bertukar kerjaya kepada golongan mak nyah atau transgender.


Langkah ini adalah usaha bagi membantu golongan berkenaan keluar daripada belenggu sebagai pekerja seks.

"rogram seperti itu telah pun dilaksanakan PIP yang terbukti mewujudkan kesan positif kepada golongan berkenaan untuk terus berubah," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.




Kredit foto: Sinar Harian




Menurutnya, PIP bertanggungjawab menyediakan kertas kerja program itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Hasil pertemuan, ramai di kalangan mereka yang mengakui mahu kembali ke pangkal jalan, namun tidak diberi peluang pekerjaan yang lebih baik menyebabkan golongan berkenaan kembali terjebak dengan pekerjaan lama.

"Kita akan bimbing walaupun tiada kemahiran supaya mereka dapat berdikari dalam mencari pendapatan.

"Melalui program itu, kita mahu mereka secara sukarela meninggalkan pekerjaan seks dan bukannya dengan paksaan.


Kredit foto: mStar



"Kita akan berikan mereka kemahiran, kelayakan atau sijil untuk menceburi bidang perniagaan, andaman, solekan, katering dan rekaan fesyen,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual bontot lagi syok achik oiii..  Bengong.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:59 AM | Show all posts
Okla klu ada yg nak pulang ke pangkal jalan..fitrah azali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.215860 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list