CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 11

Antara Bernasib Baik Dan Usaha Keras. Jom Lihat Siapa Golongan Ini..

[Copy link]
Post time 27-9-2018 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Umum kita selalu mendengar mengenai perumpamaan seperti “rezeki tidak pernah salah alamat”, “rezeki tidak datang bergolek”. Setiap manusia mengalami fasa hidup yang berbeza. Ada sesetengah orang yang memang bernasib baik sejak dari kecil, ada yang mengalami fasa berusaha bagi mencapai standard selesa.


Siapakah yang memang bernasib baik sejak dari kecil?


Sudah tentu adalah dari golongan diraja, bangsawan atau keluarga yang membina perniagaan. Pewaris dari golongan ini sememangnya akan menjalani kehidupan yang selesa tanpa perlu risau kekangan kewangan.


Golongan ini akan berusaha untuk mengekalkan kedudukan dan melebarkan pengaruh dan juga perniagaan.




Keluarga Diraja Britain semasa pertabalan Ratu Elizabeth. Sumber: www.townandcountrymag.com


Laksmi Mittal dan keluarga. Perusahaan utama adalah bijih besi yang dimulakan oleh ayah beliau Mohanlal Mittal. Sumber: www,financeinvestment.com




Siapa pula yang berusaha keluar dari kepompong kemiskinan?


Mereka ini bermula dengan keluarga yang miskin dan sederhana namun berusaha mengubah nasib mereka. Seperti pengasas Alibaba dan juga kasut Bata ini.


Jika di Malaysia, ramai usahawan yang juga bermula dari bawah seperti Syed Al Bukhary mahupun Saiful Nang dan ramai lagi.




Jack Ma, pengasas Alibaba Group. Sumber: Jack Ma: Early Life and Education, www.investopedia.com




Tomas Ba’ta, pengasas Bata Ltd. Sumber: www.private-prague-guide.com  




Malah, dalam Islam sendiri umatnya digalakkan berusaha mencari kekayaan, namun haruslah dengan cara yang halal.


Banyak cara sebenarnya untuk mencari dan menambah rezeki ini. Antara formula yang seringkali dikatakan termasuklah memperbanyakkan sedekah.


Konsep berkongsi harta dengan mereka yang memerlukan. Ya, bukankah ia satu perkara yang baik?


Percaya rezeki anda takkan pernah berkurang dengan cara tersebut.


Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda sudah mempunyai kehidupan selesa sejak lahir atau sebaliknya? Apa yang anda lakukan untuk merebut rezeki itu? Boleh kongsikan dengan kami. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 01:00 PM | Show all posts
Something missing dari artikel ini?

Macam sepotong sahaja? Belum siap atau admin salah upload?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt tido kah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:58 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 27-9-2018 01:00 PM
Something missing dari artikel ini?

Macam sepotong sahaja? Belum siap atau admin salah upload?

kaannn.. Macam tergantung. Macam masih nak edit tapi tertekan submit

Apepon, kagum dengan mereka yang berusaha.

"If you are born poor its not your mistake, but if you die poor its your mistake," -Bill Gates
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 02:26 PM | Show all posts
info yang menarik cuma macam tergantung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Uikkk awat sket sgt karangannya?? Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2018 04:12 PM | Show all posts
aliff syukri????xsedar ke TT yang mak dia tu rozita founder sendayu tinggi??sah2 la maknye bagi modal sume wt dherbs..pastu rozita launch brand baru nama ratu jamu malaya, tok lip dherbs n shahida chantiq purnama..tgok packaging pon lebih kurang jahhh..kalu xcaya gi la kat kedai2 jamu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 08:22 AM | Show all posts
apsal si Saiful berat nangnang tu pun masuk list? usahawan berjaya ke dia tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2018 05:31 PM | Show all posts
chicozinn replied at 27-9-2018 04:12 PM
aliff syukri????xsedar ke TT yang mak dia tu rozita founder sendayu tinggi??sah2 la maknye bagi moda ...

Tak. Rozita tak support Aliff buat jenama sendiri. Rozita nak Aliff bantu Sendayu Tinggi, tapi Aliff ada idea bisnes lain. So Aliff jual kereta, keluarkan duit simpanan ratus ribu, kumpul duit dengan yakinkan kawan2 bertaraf "puan" lain untuk setup dherbs dan bagi free stok pada stokis2/ kedai beauty yang berderet di pantai timur untuk jual. Kira dia takdelah miskin, tapi keberanian dan tindakan untuk 'leap forward' tu masih boleh dikagumi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 10:18 PM | Show all posts
Woaaaawww. Ramai rupanya usahawan usahawan malaysia yang berjaya. Tak susah nak berjaya sebenarnya kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 12:22 PM | Show all posts
takat tu je ke artikel ni? macam ada sambung tapi tak bersambung.

anyway, those yang sedari awal kaya, memang senang la hidup. tapi kena pandai la juga nak make sure jangan sampai jatuh tak kaya

those yang berusaha dari bawah and make it to the top, now these people wajar dicontohi etika kerjanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tiada artikel pasal abg sajat??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082225 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list