Selepas terpalit dengan kontroversi lagu Bobo Di Mana, Dato Aliff Syukri akhirnya akur dengan desakan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Berbanding lagu yang dilabelkan soft porn sebelumnya, kali ini Aliff bertekad mengambil genre dakwah sebagai tema muzik.
Lebih menarik ialah beliau berduet dengan isterinya sendiri, Datin Shahida membuatkan pengikut Aliff di laman sosial Youtube dan Instagram memuji keserasian pasangan tersebut.
Ternyata ramai yang menyenangi lagu baru berjudul Agama Kedamaian ini membuatkan ramai memujinya.
Ramai yang bersyukur dan memuji usaha Aliff yang mahu berdakwah. Selain dinobatkan sebagai ikon usahawan Melayu yang boleh dijadikan contoh, Aliff juga sangat beruntung kerana pemurah kepada ahli keluarga sendiri.
Kredit foto: Carian Interet
Tidak seperti lagu sebelum ini, Agama Kedamaian yang dicipta oleh Hafiz Hamidun lebih menyerlahkan suara Aliff tonasinya lebih sedap didengar. Malahan tiada yang menjengkelkan tentang video muzik ini.
Foto : IG
Biarpun ada beberapa kekurangan seperti persamaan dengan lagu Deen Assalam dendangan Nissa Sabyan, solekan Shahida yang agak berlebihan dan unsur kemewahan di beberapa adegan, namun ia tidaklah sampai merosakkan mood keseluruhan lagu ini. Bagaimanapun, masih ada yang berprasangka buruk dengan Aliff yang mengatakan ia adalah strategi pemasaran.
Dengan sambutan memberangsangkan ini, diharapkan Aliff Syukri memperbanyakkan lagi lagu-lagu berunsur dakwah. Biarpun ada juga yang mendakwa ia adalah strategi pemasaran semata-mata, sekurang-kurangnya ia tidak mencetuskan perbalahan dalam kalangan pengikutnya. - CARI
|