CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 3

[Dunia] Shaolin Shaikh Wang Zi-pin

[Copy link]
Post time 27-9-2018 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by felinecat at 27-9-2018 01:12 AM

Seni mempertahankan  diri amat sinonim dengan masyarakat tanah besar Cina seperti Kungfu dan wushu. Antara nama-nama agung adalah seperti  Yip man, Sun Lutang, Li Shuwen dan Du Xhin Wu. Tetapi tahukah anda terdapat seorang grandmaster Wushu terkenal, bernama Wang Zi-pin, juga diberi gelaran Shaolin Shaikh kerana beragama islam

Grandmaster Wang Zi-ping adalah seorang pengamal wushu yang berketurunan Hui. Beliau lahir pada tahun 1881 dan meninggal dunia pada tahun 1973 (tahun sezaman dengan Yip man) dan mempelajari seni Chaquan dengan gurunya, Yang Hong Xiu. Wang Zi-ping juga dicatatkan  menjadi guru dan instruktor untuk pegawai dan tentera pada dinasti Qing, iaitu dinasti diraja terakhir di Cina. Dia juga terlibat didalam kumpulan Boxer Rebellion iaitu kumpulan yang menentang kolonisasi Barat dan juga imperialis Jepun.

Master Wang telah banyak memenangi perlawanan dengan pengamal seni mempertahankan diri dari bangsa asing seperti German, Rusia, Amerika dan Jepun sewaktu mempertahankan kawasannya dari diganggu mereka. Beliau dikatakan telah mengalahkan pegawai German yang ingin mengambil pintu Masjid Qinzhou dimana tempat beliau berlatih dan mengajar kungfu. Wang hanya mempunyai seorang anak perempuan dan 3 cucu. Salah seorang cucunya, Helen Wu meneruskan legasi sebagai artis seni mempertahankan diri.

Sumber video youtube
Shaolin Shaikh


gambar master wang bersama anaknya, Wang Jurong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2018 01:08 AM | Show all posts
gambar Wang bersama anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Neh isu semasa ker patut dihumban ke bod sejarah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2018 01:11 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 27-9-2018 01:10 AM
Neh isu semasa ker patut dihumban ke bod sejarah?

alamak, tersilap tekan thread. ampun, acane nak pindah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.245558 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list