View: 1615|Reply: 6
|
Pemandu Tergamam Melihat Bayi Merangkak Di Tengah Jalan
[Copy link]
|
|
Bayi berusia kira-kira 10 bulan dibiarkan merangkak seorang diri di tengah jalan?
Memetik laporan Asbury Park Press, kejadian yang cukup mencemaskan itu berlaku di New Jersey.
Kredit foto: carian internet
Cory Cannon yang tergamam melihat bayi itu merangkak di tengah jalan menceritakan ketika itu jantungnya hampir berhenti kerana keadaan amat bahaya.
Tambahnya, dia terus menghentikan kenderaannya dan menghalang kenderaan lain untuk mengelakkan bayi dilanggar.
"Saya ingatkan ia adalah patung mainan, namun sebenarnya seorang bayi apabila melihat dia mula merangkak."
Kemudian bayi itu difahamkan telah diselamatkan oleh salah seorang yang datang daripada perumahan berdekatan dan tidak dapat dipastikan sama ada bayi tersebut miliknya ataupun tidak.
Ketika ditanya Stesen TV CBS, Cannon berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi dan ibu-bapa disaran lebih peka dengan gerak-geri anak.
"Saya sempat mengambil gambar bayi itu dan menghubungi polis serta memberi alamat lokasi."
Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu WABC7-TV bahawa kemungkinan bayi itu merangkak keluar menerusi pintu rumah yang terbuka tanpa disedari oleh adik-beradiknya yang lain.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes yang kat Kelantan ke Terengganu hari tu baby merangkak ke jalan, mak bapak nya tengah tido petang kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Baru la betul2 mcm movie baby's day out |
|
|
|
|
|
|
|
Cam kat thailand dulu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa kat us kalau ada kes toddler merayap in the neighborhood unattended, sebab dia sneak out of the house ikut pet door |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah jauh....
kat KL pun ada kes ni...
Dua kereta depan aku berhenti amik budak tu bawak ke tepi....
Mak nya tengah membawang kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
kt area umah aku pun ada, anak yindon x reti bela.. di biarkan pastu nasib x jd papa
bila g antar rumah, mak nya marah si baby tu knp kuar umah, bongok |
|
|
|
|
|
|
| |
|