CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 1

Dron Ditemui Berhampiran Kompleks Cawangan Khas Bukit Aman

[Copy link]
Post time 25-9-2018 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Memetik laporan Berita Harian, Rabu lalu sebuah dron ditemukan tidak jauh dari bangunan kompleks Cawangan Khas, Bukit Aman.


Kredit foto: carian internet



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, seorang pekerja kantin Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman menemukan dron tersebut pada pukul 8.30 pagi.


Jelas Shaharuddin Abdullah, pekerja tersebut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada seorang pegawai polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan sebelum melaporkannya kepada pihak Polis Daerah Dang Wangi.


“Pada masa ini siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti pemilik dron berkenaan sama ada warga Polis Diraja Malaysia atau orang luar."


"enemuan dron ini masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 143(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.”


Tambah Shaharuddin Abdullah, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.


Berdasarkan maklumat awal, dron berkenaan ditemui terlangkup atas tanah kawasan pekarangan kantin Bukit Aman yang terletak berhampiran kompleks Cawangan Khas.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 01:21 PM | Show all posts
mesti takut nk megaku if org tu  tak bniat pape.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.545692 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list