Apabila kata-kata mencarut atau kurang ajar menjadi makanan harian bagi segelintir netizen hingga dianggap menghiburkan serta kelakar, ia sebenarnya satu barah dalam kehidupan kita, lebih memalukan ia dilakukan di luar negara.
Di media sosial tersebar sebuah video yang memaparkan seorang warga Malaysia bernama Jepp membuat review tukang masak Thailand sedang menggoreng kuaytiaw. Yang lebih menyedihkan ialah dia mengkritik cara tukang masak tersebut menggoreng dengan menggunakan banyak limau nipis. Malahan bahasa yang digunakan juga sangat biadap, perkataan seperti s**l, p*****k, K***k dan b**i sentiasa diulang-ulang dalam review tersebut dan ia mendapat komen kelakar daripada pengikutnya.
Biarpun ramai yang merasakan ia biadab, tetap ada juga netizen yang menanti-nantikan status Jepp yang membahasakan dirinya sebagai 'mak' ini. Mereka menganggap Jepp sebagai individu yang sangat kelakar.
Kredit foto: Twitter
Namun begitu, sebenarnya lebih ramai yang marahkan situasi ini. Apatah lagi, mereka ini pernah menjadi pengikut Jepp di Instagram. Mungkin ada status yang kelakar dari Jepp sebelum ini tetapi tidak terlalu biadab seperti ini. Lebih memalukan kerana Jepp menghina cara masak orang sana sekaligus mencerminkan dirinya yang perasan bagus.
Kredit foto: Google
"Ni, nama dia no manner tourist. Bukan semua orang bodoh. Ada yang faham bahasa kita, kat Thailand ja kot, lagi-lagi peniaga, mereka banyak kuasai pelbagai bahasa. Melainkan dekat Eropah nun sana. Tak payah melancong lah kalau gitu."
Maka ramai netizen menghentam perangai Jepp yang biadap sehinggakan ada yang berkata jika ia dilakukan di kawasan lain, golongan seperti ini mungkin ditembak kerana bersikap biadab. Mujurlah mereka berada di kawasan pelancongan yang tidak ramai tentera. Maklumlah, tempat bukan pelancongan jika tersilap sedikit, mereka sentiasa mengacukan pistol.
"Jika kau rasa ni kelakar, memang kau ada masalah otak!"
Ramai yang menasihatkan Jepp supaya jangan melancong jika tidak pandai membawa diri.
Kredit foto: Google
Sementara itu, netizen lain pula meminta mereka yang merasakan dialog ini kelakar berfikir sejenak, bayangkan jika situasi sama berlaku di Malaysia dan dilakukan oleh pelancong ketika peniaga sedang menggoreng Char Kuay Tiow. Pasti ramai yang marah lalu menularkan video tersebut. Jadi, janganlah bercakap tanpa mempertimbangkan kesan-kesannya nanti.
Kredit foto: Google
Apabila memaki itu sudah jadi rutin, diulang beberapa kali pun terasa santai dan tidak berbekas di hati, maka ia adalah ujian yang wajib ada pihak ain menegurnya. Bagaimanapun, kita tidak dapat menghentikan perkara ini jika tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Tanyakan diri sendiri kenapa orang bodoh atau biadab jadi terkenal dan kaya raya. Jawapannya mudah, kalau buat benda baik-baik, cakap baik-baik, orang tidak mengendahkannya. Dunia sekarang, nak terkenal, kena jadi eksentrik, buat gila, bodoh dan celupar. Jadi, sanggupkah kita menyokong mereka yang kurang ajar ini? Anda jawab sendiri. - CARI
|