"Di Malaysia, ada perkara tertentu yang kita tidak boleh terima (umpamanya LGBT) walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat boleh diterima di negara ini termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan perkahwinan sejenis.
"Sementara kita menerima cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kita perlu mengingatkan mereka bahawa sistem nilai kita tidak sama dengan sistem barat.
"Di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.
"Kita tidak boleh terima umpamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media seperti dipetik daripada Harian Metro.
Tegasnya lagi, konsep keluarga di Malaysia tidak berubah iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak atau anak angkat.
"erkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga," katanya.
Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) bersetuju dengan cadangan untuk meminda Akta Suhakam bagi memperkasakan suruhanjaya itu termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan. - CARI |