|
Mungkin diasak oleh pelbagai pihak dengan pertanyaan, akhirnya Elfira Loy mendedahkan juga statusnya yang telah pun menjadi tunangan orang.
Dia juga telah berkongsi gambar yang dimuat naik dalam Instagram berkenaan hari yang paling istimewa dalam hidupnya itu.
Majlis pertunangan itu telah pun diadakan pada 02 September yang lalu di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.
Pelbagai khabar angin diterima dan tiada pengesahan daripada ahli keluarga berkenaan pertunangan Elfira.
Foto: IG Elfira Loy
Kini semuanya telah terjawab dan dia sangat gembira hingga tidak mampu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
Moga hubungan Elfira bersama pasangan dipermudahkan hingga ke hari pernikahan. - CARI
|
|