CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3378|Reply: 16

Church Of Scientology Balas Dendam, Cuba Intimidasi Leah Remini!

[Copy link]
Post time 21-9-2018 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Sejak meninggalkan kumpulan kultus Church of Scientology pada 2013, perjuangan pelakon terkenal Leah Remini adalah untuk mendedahkan segala penipuan dan salah laku pemimpin organisasi itu.


Salah satu caranya adalah dengan menerbitkan siri dokumentari Scientology: Aftermath.




Kredit Foto: Getty Images




Kejayaan siri itu meraih anugerah dan jumlah penonton yang ramai, sekali gus dikatakan telah meresahkan pemimpin Church of Scientology berkenaan.




Kredit Foto: CNN.com




Sumber RadarOnline menyatakan organisasi itu telah mula melancarkan serangan balas secara senyap dengan cara intimidasi. Terbaru, kumpulan itu telah memindahkan sebuah cawangan mereka dari Sherman Oaks ke Van Nuys, berhampiran studio di mana rancangan televisyen (TV) Leah Remini berlangsung.


Menurut  RadarOnline, sumber Leah Remini mengesahkan ini adalah cara Church of Scientology menghantar isyarat kepada Leah bahawa setiap gerak-gerinya diperhatikan.




Kredit Foto: Dailymotion




Ketika dihubungi RadarOnline, Church of Scientology mengesahkan perpindahan pusat mereka. Walau bagaimanapun, jurucakap organisasi itu mendakwa rancangan perpindahan itu telah dibuat sebelum Leah Remini mula beroperasi di lokasi sama sejak Ogos 2017 lagi.


Malah, jurucakap itu menyindir Leah dan menyatakan 'mungkin Leah paranoid dan mengalani delusi kerana sering menipu dan mencari kontroversi'.




Kredit Foto: Variety.com




Jurucakap organisasi itu juga menuduh Leah pernah dua kali mencuba untuk memeras ugut mereka dengan permintaan USD500,000 (RM2,026,000) dan ASD 1 juta (RM4,052,000).


Leah bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan berkata semuanya akan dijawab dalam siri TV bahagian ketiga yang akan memulakan tayangan hujung tahun ini.


Leah menyatakan akan meneruskan perjuangannya walaupun mendapat ugutan daripada Church of Scientology. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Scientology ni suka recruit artis hollywood ke? Ramai jgk bodoh2 pergi join
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2018 01:11 PM | Show all posts
Tom Cruise, Kristie Alley, John Travolta

Siapa lagi ahli?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 02:29 PM | Show all posts
apa kata atheis ttg ugama scientologi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 03:07 PM | Show all posts
apa pendedahan leah remini pasai scientology ni..im curious too
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak yaqin satu hari nanti sheol akan tetiba mati mengejut 'bunuh diri'. If chu know what I meant.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2018 04:01 PM | Show all posts
ramai kan retis hollywood join scientology ni.. masa tgk documentary leah ni..iols rasa..wow beraninya dia dedahkan..tak takut kena c4 ke...ehh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2018 04:57 PM | Show all posts
Jediism dari filem Starwar.

Scientologi dari buku Dianetics. Setau ai deyols tekankan spiritual. Pastu tak caya doktor psikiatri & ubat dadah(utk pesakit mental). If ada member sakit mental , deyols bg vitamin camtuh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke they believe something related dengan alien ke? Mana ntah fox baca lama dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2018 03:37 PM | Show all posts
Foxey replied at 22-9-2018 12:20 PM
Bukan ke they believe something related dengan alien ke? Mana ntah fox baca lama dulu

katanya tipu ja. Scientology tada kepercayaan camtu.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 07:52 PM | Show all posts
Leah Remini dulu pengikut hardcore, dia sendiri mengaku pernah rekrut ahli2 baru. Dia start mempersoalkan kehilangan bini ketua gereja tu, David Miscavige - mungkin sakit hati ditanya mcm2, Miscavige arahkan Leah dikurung dlm bilik khas. Dari situ la mata dia terbuka betapa besarnya scam gereja scio. Ai terfikir gak kalau lah dia tak melalui serangan psikologi mcm tu, adakah dia masih mengikuti scio dgn warak sekali sbb berpuluh tahun dah scio nih terrorize sesiapa yg ingkar dan cuba mendedahkan kejahatan mereka. Takkan Leah baru tahu sekarang kan?

btw gereja nih ditubuhkan oleh L Ron Hubbard, seorg penipu, pencuri dan kaki pukul bini. Bayangkan Aleister Crowley, ketua salah satu ajaran occult yg juga dicop satanist sendiri pernah menghencap Hubbard sbg lelaki paling teruk dia pernah jumpa dlm seumur hidupnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak masuk Scientology ni tak senang ye. Kena interview bagai and after accepted masuk kena gi intensive course abt sci ni atas cruise or something like that and it’s not cheap. So it’s not for rakyat marhaen lah sbb tu yg byk masuk is artis2 hollywood n org ternama
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 07:23 PM | Show all posts
Scientologi cult golongan atasan dan elit.. baru la dpt bersaing dgn freemason dsbnya.. kalau cult marhaen dah lama kena raid dgn pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:23 PM | Show all posts
Scientology ni anggap Jesus tuhan gak ke tidak? Diorg ni pecahan kristian ke atau agama yg baru, takde kaitan dgn kristian? Konfius jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2018 04:33 PM | Show all posts
niena90 replied at 26-9-2018 03:23 PM
Scientology ni anggap Jesus tuhan gak ke tidak? Diorg ni pecahan kristian ke atau agama yg baru, tak ...

Macam agama lain.

Scientology is diametrically opposed to Christianity. The truth is that you cannot be both a Christian and a Scientologist.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2018 04:35 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 21-9-2018 01:04 PM
Scientology ni suka recruit artis hollywood ke? Ramai jgk bodoh2 pergi join

Kan. More like cult nie.
Ajaran sesat nie. Tom cruise yg paling penting dlm nie. Tu la smpi katie Holmes pn x thn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.265119 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list