CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3356|Reply: 6

Selain Yunnan, Keturunan Melayu Turut Dipercayai Berasal Dari Hainan

  [Copy link]
Post time 18-9-2018 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai yang masih belum tahu Hainan merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di selatan negara China.


Namun apabila disebut Hainan, perkara pertama yang mungkin timbul di fikiran kita ialah nasi ayam Hainan yang begitu popular itu.


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Sinar Harian, pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan, Johari Yap memaklumkan baru-baru ini dirinya sempat berkenalan salah seorang ahli rombongan dari wilayah Qinghai dan Pulau Hainan, China yang fasih berbahasa Arab.


Yang menarik, individu yang dikenali sebagai Imam Abu Ayub itu mengatakan dirinya adalah daripada rumpun Melayu yang bermastautin di Pulau Hainan.


Selain itu, Johari Yap turut memberitahu dirinya juga mempunyai seorang sahabat Muslim dari Hainan yang bernama Noah yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa.


"Noah sendiri mengaku bahawa beliau berketurunan Melayu walaupun beliau dan keluarga beliau tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Noah juga ingin mencari keluarga nenek -moyang beliau yang dipercayai berada di Terengganu."


Kredit foto: carian internet



Jelas Johari, sebenarnya komuniti Melayu dan China mempunyai sejarah yang agak lama iaitu sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu lagi.


"Buku teks Pengajian Malaysia karangan Madiana dan Hasnah terbitan Fajar Bakti pada tahun 2000 menyatakan bahawa nenek moyang orang Melayu berasal dari Yunnan, China."


Sarjana Eropah, Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan berkenaan latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.


Kredit foto: carian internet



Berdasarkan teori mereka, bangsa Melayu adalah daripada kelompok Austronesia yang berasal dari daerah Yunnan di China yang berhijrah ke Asia Tenggara dalam beberapa gelombang manusia, iaitu kumpulan Melayu Proto, Negrito dan juga Melayu Deutro.


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi, juga mempunyai susur galur dari Hainan. Datuk sebelah ibu beliau berasal dari Kampung Huihui, Sanya.


Ibu beliau bernama Ha Kailan (Kailan Hassan) manakala datuk beliau bernama Ha Su-chiang (Hassan Salleh).


Tun Abdullah juga telah melawat Sanya sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2011 dan 2017.


Sesuai dengan hadis yang biasa kita baca dan dengar, benarlah, tidak penting pun apa keturunan kita, yang penting adalah menjadi seorang Islam yang bertakwa.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu sudah lama diklaim yindun jongos yach..kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila...Pulau,Bedah,Dodol....itu asal dari China.....kihkihkih....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 06:40 PM | Show all posts
@Bedah.Cun  kan dah kate sejarah maleysie pelesu sume  ,orang asli meleysie keturunan sepet patutle tak de budaye sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
alaware replied at 17-9-2018 10:40 PM
@Bedah.Cun  kan dah kate sejarah maleysie pelesu sume  ,orang asli meleysie keturunan sepet patutle  ...

Ngkau hendon pulak berasal dari nigeria. Patutlah sakai semacam jer keramas taik sniri
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon neh serumpun dengan nigeria. Sebab tue lar budaya indon batak tue primitif macam budaya negro hottentot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2018 12:32 AM | Show all posts

Okay okay nak cerita sikit .. dedulu masa aii dok di Guanxi/nanning .. aii selalu tgk tv.  Ada lah movie buatan tahun 60 an ..   mengisahkan orang orang cina Pulau Hainan pergi ke Tanah Melayu. Tak tipu .. ada pelakun siap pakai kain pelekat dan bersongkok!! perempuan pulak pakai baju kebaya!!

Time tu 1999 --  Hainan tak membangun lagi. Dokumentari Hainan ada tunjuk rumah Melayu, petani bercucuk tanam pakai kerbau, ada juga penduduk mereka pakai baju hitam, seluar hitam dan bertanjak mcm pahlawan melayu di zaman dulu kala!!

Aii suggest pakar sejarah Malaysia pergi ke Hainan buat jejak kasih ke jejak perantau ke, ... mesti best! Buat sekarang sebab ada kawan ke Hainan last July dia ckp Hainan dan maju jaya .. dah tak macam Hainan di tahun 90 an.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.054546 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list