"Biarlah orang nak cakap saya tak kenang jasa, menang exco kerana ihsan (Khairy Jamaluddin) KJ. Saya tak peduli sebab pada saya, kita masuk politik ni kena ada prinsip."
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo tidak kisah sekiranya dia dianggap tidak mengenang jasa Ahli Parlimen Rembau itu, sekali gus mengisytiharkan dia bukan lagi 'budak KJ'.
Perbalahan antara Exco Pemuda UMNO dan Khairy semakin berlarutan apabila Wan Muhammad Azri meminta supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson (PD), sebaliknya biarkan saja Anwar menang.
Terdahulu, Khairy melalui laman Twitter meminta UMNO dan BN untuk terus berjuang dalam PRK meskipun PD bukan kerusi yang mudah dimenangi.
Kenyataan Khairy itu, bagaimanapun tidak disokong Wan Muhammad Azri, sekali gus menyebabkan perbalahan mereka berlarutan. - CARI |