Kaum lelaki wajar ambil perhatian ketika berada di Arab Saudi, kalau boleh elak menjamu selera bersama wanita.
Memetik laporan CNN, seorang lelaki warga Mesir yang bekerja sebagai penyambut tetamu di Arab Saudi ditahan polis hanya kerana menjamu selera dengan rakan sekerja di sebuah hotel di Jeddah baru-baru ini.
Kejadian tersebut menarik perhatian ramai selepas video pendek yang menunjukkan dirinya sedang sarapan bersama seorang wanita yang memakai niqab dimuat naik di media sosial.
Bahaa dilkatakan melanggar undang-undang Arab Saudi yang menyatakan bahawa tempat kerja dan restoran harus mempunyai ruang yang berasingan untuk lelaki dan wanita.
Selain dikecam sebahagian besar penduduk Arab Saudi, Bahaa juga berkemungkinan berdepan untuk penjara atau diusir keluar dari Arab Saudi di atas kesalahannya.
Pemilik hotel terbabit juga dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung isu tersebut.- CARI
agak kekok memula dulu masuk mat'am...diasingkan tempat bagi yg berfamily/perempuan sahaja, dan lelaki bujangan. Even di kepci or mekdi...tempat beratur nak order pun diasingkan.
Lebih privacy.
prrfttthhh..kelakar butul ummah padang paser ni...dulu2 pre 1979 elok je islam depa perempuan tak perlu bungkus kepala ..makan bersama..siap boleh pergi masuk wayang sekali macam orang normal je..
alih2 lepas 1979 terjemahan quran jadi laeenn laeennn...maybe orang sebelum 1979 tak reti bahasa arab..orang arab tak reti bahasa...wtf...bwahahhhhahahahhah
patut la atheist makin banyak di arob saudi sendiri dikalangan muda mudi nya...depa tak reti bahasa arob kot