Bergelar ibu tunggal memang tidak mudah. Biarpun ramai yang mengatakan dengan status artis yang disandangnya memudahkan perjalanan hidupnya, namun tidak semua orang memiliki nasib yang serupa. Apatah lagi kehadiran artis baru membuatkan ramai artis lama sepertinya sukar mendapatkan peluang berlakon atau mengacara
Serina Redzuwan kini aktif dalam meniaga makanan seperti daging salai, jus durian belanda, tauhu begedil dan pelbagai lagi menu yang mendapat sambutan hangat. Namun, apabila bapa sendiri, Chef Wan yang sangat terkenal dengan kehebatannya memasak membuat tempahan serta menolak diskaun, ia membuatkan Serina berasa terharu sekaligus mengundang senyuman netizen dengan keakraban dua beranak ini.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Ramai yang memuji tindakan Chef Wan yang menyokong bisnes anaknya.
"Menggigil kepala lutut bukan main-main ya. Faham sangat perasaan bila orang teror masak nak rasa masakan kita, alahai sejuk ketar."
Siapa yang tidak kenal dengan Chef Wan yang sudah pun merantau ke seluruh dunia demi memperkenalkan masakan Malaysia kepada orang luar. Jadi, ramai yang menyatakan tindakan Chef Wan WAJIB diamalkan oleh semua pihak sebagai tanda sokongan, bukannya memerli atau meminta diskaun.
Kredit foto: IG
Ada juga yang berkongsi pengalaman manis dengan keluarga sendiri dan inilah yang mengeratkan hubungan anak beranak.
Keluarga besar Serina
"So sweet, takpa, daddy kan banyak duit."
Bagi netizen, apa yang dilakukan oleh Chef Wan harus dibanggakan kerana menyokong anaknya yang sanggup bekerja keras demi mencari pendapatan halal.
Kredit foto: IG
Biarpun sentiasa mengulas isu-isu semasa dengan nada beremosi menyebabkan ada juga yang tidak menyenanginya, namun dalam konteks ini, ramai netizen yang memuji cara Chef Wan menolong Serina yang berusaha gigih mencari rezeki. Dan pastinya, bukan Chef Wan sahaja bersikap sedemikian, setiap ayah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. - CARI
|