Penyanyi rap Cardi B terpaksa dibawa keluar oleh pengawal keselamatan apabila terlibat dalam satu pergaduhan panas dengan penyanyi saingannya Nicki Minaj di sebuah parti sambutan New York Fashion Week.
Kredit Foto: Entertainment Tonight
Sumber E! Online memberitahu Nicki Minaj sedang berbual dengan tetamu lain apabila tiba-tiba diserang oleh Cardi B sambil menjerit kemarahan.
Nicki Minaj tidak membalas serangan itu malahan dia menjarakkan dirinya dan meneruskan perbualan dengan tetamu lain.
Beberapa rakaman video yang diambil pada malam itu menunjukkan Cardi B mengamuk sambil melemparkan kasut tumit tingginya ke arah Nicki Minaj.
Cardi B kemudiannya terpaksa dibawa keluar oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Kepala Cardi B kelihatan lebam di bahagian berdekatan mata kirinya.
Kredit Foto: Buzzfeed
Sejurus selepas kejadian itu, Cardi B memuat naik kenyataan di Instagramnya meluahkan perasaan geramnya terhadap Nicki Minaj.
Menurutnya, Nicki cuba untuk sabotaj kerjayanya termasuk mengugut ramai artis supaya tidak bekerjasama dengannya. Kemuncak kemarahan Cardi B dikatakan apabila Nicki memperlekehkan kebolehannya sebagai seorang ibu.
Kredit Foto: IG
Nicki Minaj belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. Polis juga belum menerima sebarang laporan. -CARI |