Isu lagu terbaru Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat masih lagi menjadi topik hangat dibincangkan.
Kredit foto: YouTube TV Terlajak Laris
Selain dikecam kerana liriknya yang membawa unsur lucah, suara mereka juga menerima kritikan hebat terutama suara Sajat yang dikatakan umpama mengepit halkum ketika menyanyi.
Malah, usahawan kosmetik itu juga dituduh menggunanakan 'auto tune' bagi melunakkan suaranya ketika menyanyikan lagu 'Bobo Di Mana'.
Sajat yang terkenal kuat melenting apabila menerima kritikan tampil membuat penjelasan berhubung perkara itu.
Katakan tidak untuk auto tune!
"Kau ingat suara aku ni guna auto tune ke untuk lebih lembut, sedap dan menggoda untuk lagu tu?
"Dah sah-sah itu suara asli aku!" katanya.
Sajat juga menyanyikan bahagiannya dalam lagu itu bagi membuktikan suaranya adalah asli.
"Kan sama tu! Hei, suara kita asli tau. (Suara) perempuan," tegasnya.
Penjelasan Sajat itu mendapat perhatian netizen yang dalam masa sama turut terhibur dengan usahanya membuktikan bahawa suaranya adalah suara wanita asli.
Malah, rata-rata netizen turut geli hati dengan cara sebutannya ketika menyebut 'auto tune'.
'Tune' pun tak reti nak sebut, ada hati mengaku suara sedap
Eh, sekejap! Celah mana dia menggunakan auto tune tu?
Kredit foto: IG/Twitter
Anda rasa, ada perbezaan tak kalau Sajat guna auto tune? - CARI
|