Perubahan dalam tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada pilihanraya yang lalu telah memberi harapan yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melihat negara menuju ke arah yang lebih baik dan maju.
Namun, setelah lebih 100 hari pemerintahan kerajaan baru, ramai rakyat mula mengeluh dan kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang dilihat tidak jauh berbeza dengan sikap pemimpin terdahulu.
Selebriti Adibah Noor juga mula bersuara dan menegur pemimpin-pemimpin baru ini untuk berhenti menuding jari dan sebaliknya berkerja lebih keras bagi memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Adibah menerusi posting di akaun Twitter miliknya berkata biarkan rakyat yang melihat sendiri perbezaan kerajaan kini dengan yang terdahulu.
"Biarkan rakyat yang membezakan sendiri samada dulu lagi baik atau lebih teruk," ujar Adibah.
Foto : Twitter Adibah Noor
Tweet Adibah tersebut telah dikongsi lebih 5,000 pengguna media sosial tersebut dan rata-rata bersetuju dengan kata-kata pelakon, pengacara dan juga penyanyi itu.
Rakyat sudah bosan dihidangkan dengan kesalahan kerajaan dulu. Ini masa untuk memperbaiki kerosakan yang dah dilakukan.
Foto : Twitter Adibah Noor
Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Adibah tersebut. Diharap para pemimpin dapat menerima segala kritikan dan teguran untuk kebaikan bersama. - CARI |