Sejak disiarkan di YouTube, muzik video lagu terbaru Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna menerima kecaman hebat daripada orang ramai.
Kredit foto: IG Aliff Syukri
Menurut orang ramai, muzik video dan seni kata lagu ‘Bobo Di Mana’ itu mengandungi unsur lucah yang boleh merosakkan minda terutama kanak-kanak.
Seorang pengguna Twitter berkongsi paparan skrin perbualan di Instagram yang menyifatkan lagu berkenaan sebagai usaha membawa masuk unsur 'soft porn' dalam kalangan masyarakat, sekali gus menggesa supaya semua usahawan menghormati agama.
"Memalukan! Kenapa tak nak berkarya dengan cara 'bersih'?" tulisnya.
Selain menggesa mesyarakat supaya berhenti menyokong produk mereka, orang ramai turut diminta membuat laporan berhubung muzik video berkenaan serta berhenti daripada mengikuti media sosial Aliff dan Sajat.
Benda yang memberi pengaruh buruk patut dihapuskan!
Susulan itu, ramai netizen bertindak membuat laporan mengenai muzik video berkenaan dengan harapan ia akan segera 'dilenyapkan'.
Gara-gara lagu itu, netizen menyifatkan Aliff sebagai seorang Muslim 'tewas' kerana dibutakan dengan kekayaan.
Dulu belajar pondok, sekarang?
Kredit foto: Twitter
Sementara itu, Aliff semalam memuat naik sebuah video kononnya dimarahi isteri, Datin Seri Nur Shahida gara-gara lagu berkenaan.
Bagaimanapun, majoriti pengguna media sosial percaya ia hanya lakonan mereka bertiga semata-mata.
Kredit foto: YouTube
Macam mana? Perlu atau tidak 'Bobo' dihapuskan? - CARI |