Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Palembang tahun ini sekali lagi memeningkan pemain bola tampar handalan Indonesia, Aprila Santini Manganang apabila jantinanya kembali dipersoalkan.
Sebelumnya pada temasya Sukan SEA Singapura 2015, penyertaan Aprila dibantah oleh pegawai dari negara Filipina berikutan susuk tubuhnya yang sasa dan menyerupai lelaki.
Kredit Foto: Tribun Kaltim
Pemain bola tampar berumur 26 tahun dengan ketinggian 170 cm ini merupakan seorang anggota tentera darat dan sering berperwatakan tomboi.
Beliau juga memiliki badan yang tegap sehingga sering disangka seorang lelaki. Sejak kecil, beliau sangat meminati sukan dan aktiviti lasak.
Kredit Foto: Facebook
Memetik Kompas.com, Aprila menyatakan sangat kekok mengenakan pakaian wanita dan memakai alat solek.
Beliau mengakui hanya mengenakan solekan ketika acara rasmi yang mewajibkannya berdandan.
"Kali terakhir saya memakai gaun secara sukarela ialah ketika acara pembatisan di gereja semasa belasan tahun," tambahnya lagi.
Kredit Foto: Facebook
Aprila mula menyertai sukan bola tampar secara serius ketika berada di bangku sekolah menengah lagi pada tahun 2008, dan pernah memenangi beberapa anugerah pemain terbaik liga professional bola tampar Indonesia.
Kredit Foto: Aneka Info Unik
Pada tahun 2015, penyertaan Aprila dalam Sukan Sea di Singapura menjadi kontroversi apabila pasukan Filipina telah menyerahkan surat protes rasmi dan meminta ujian gender dilakukan terhadap beliau.
Bagaimanapun Persekutuan Sukan Sea telah meneliti dokumen yang diserahkan oleh negara Indonesia dan mengesahkan Aprila adalah seorang wanita asli.
Aprila sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah menjalankan banyak ujian jantina nyang mengesahkannya sebagai wanita.
Kredit Foto: Manganang Pdh
Kelibat Aprila kemudian kembali mewakili tuan rumah Indonesia dalam Sukan Asia tahun ini dan sosok garangnya di gelanggang terus menjadi bualan. -CARI |