View: 1488|Reply: 1
|
Suspek Pedo Upah Pembunuh Upahan Untuk Hapuskan Semua Saksi
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa mengupah pembunuh upahan neo-nazi (penyokong ideologi Nazi) untuk membunuh mangsa dan keluarganya.
Memetik Mirror, Billy Warren Pierce, 44, didakwa meminta salah seorang banduan untuk membunuh mangsa dan empat ahli keluarganya ketika dia sedang menunggu untuk dibicarakan di Pusat Tahanan Pasco di Florida atas jenayah yang dilakukannya itu.
Kredit foto: Mirror
Cubaan Pierce menghapuskan jejak jenayahnya dengan membunuh semua saksi kes terbabit gagal apabila individu yang diupahnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Pierce dilaporkan menawarkan ganjaran bernilai ASD 9,000 (RM36,558) kepada individu terbabit dan ketika dia ditahan pada Jumaat lalu, tertuduh didakwa cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia masih belum membuat sebarang bayaran.
Selain melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak pada 2017, Tampa Bay Times melaporkan Pierce turut berdepan tuduhan merancang pembunuhan.
Jurucakap sheriff berkata, Pierce memberitahu 'pembunuh upahan' itu semua maklumat mengenai mangsa seperti dia tinggal dengan siapa, di mana ibu bapanya bekerja dan meluangkan waktu, cara untuk memecah masuk ke rumahnya serta jenis kereta dipandu keluarga berkenaan.
Dia juga memberitahu individu terbabit bahawa keluarga berkenaan tidak pernah mengunci pintu garaj. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia jenis apakah yang boleh tegang toteynya dengan budak berumor 9 tahun?
Nota: Untuk mengelakan ada forumners dari merasa terhina, perlu rasanya di nyatakan bahawa komen diatas hanya ditujukan kepada Pedo tua kutok di atas itu sahaja dan tidak termasuk Pedo Pedo tua kutok lain samada yang masih hidup atau sudah mati.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|