CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2072|Reply: 16

Produk Udang & Ikan Masin Dikenakan SST Adalah Tidak Benar- Menteri Kewangan

[Copy link]
Post time 3-9-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Bagi sesiapa yang mendapati harga ikan masin, ikan kering dan udang kering dinaikkan harga atas alasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


Ini kerana Kementerian Kewangan menjelaskan makanan tersebut dikecualikan daripada SST.


Kredit foto: carian internet



Berita Harian melaporkan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadar lima peratus yang dikatakan dikenakan terhadap produk makanan seperti ikan jeruk dan ikan kering atau ikan masin dalam kategori ikan dan hidupan laut adalah tidak benar.


“Jika ada, mungkin ia terlepas pandang. Mungkin cukai itu adalah berdasarkan senarai cadangan sebelum ini."

“Sekarang, ada senarai baharu yang semua boleh semak. Udang dan ikan kering adalah antara senarai barangan yang dikecualikan daripada SST.”


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat dan forum SST di Kota Kinabalu semalam.


Tambah Guan Eng, Kementerian Kewangan akan menyemak semula senarai barangan yang dikenakan SST dan keputusan akan dibuat pada hujung tahun ini berdasarkan cadangan yang diberi daripada rakyat.


Sebelum ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kenyataannya menggesa agar kerajaan mengecualikan barangan berkenaan yang dianggap makanan golongan berpendapatan rendah (B40).


SST dilaksanakan pada 1 September di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasiobal (BN) sebelum ini.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2018 11:37 AM | Show all posts
takut nanti guancheng kantoi lagi mcm kes prepaid telco.   sindiri bagi arahan sendiri nak jadi hero ...   saja nak test market tapi lepas kena maki dgn rakyat baru kelam kalibut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:40 AM | Show all posts
esok lusa cakap silap tengok, memang dikenakan sst..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:45 AM | Show all posts
“Jika ada, mungkin ia terlepas pandang. Mungkin cukai itu adalah berdasarkan senarai cadangan sebelum ini."


lanchow la

berapa banyak list mahu bikin sial

bagi rakyat keliru je

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:45 AM | Show all posts
minguk replied at 3-9-2018 11:40 AM
esok lusa cakap silap tengok, memang dikenakan sst..

Jom boikot. Lagipun makanan masin kurang elok untuk badan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:48 AM | Show all posts
insulin replied at 3-9-2018 11:45 AM
Jom boikot. Lagipun makanan masin kurang elok untuk badan kita.

tak elok ke?
alaaa tak boleh boikot, mak i rajin buat ikan masin sendiri... i suka sebab dia kurang masin macam kat kedai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2018 11:51 AM | Show all posts
minguk replied at 3-9-2018 11:48 AM
tak elok ke?
alaaa tak boleh boikot, mak i rajin buat ikan masin sendiri... i suka sebab dia kur ...

Kalau mak sendiri buat ikan masin, dia boleh kawal jumlah garam yang dia pakai. Ok la mak kamu hasilkan ikan masin yang kurang masin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:54 AM | Show all posts
produk kencing kena sst tak mr lim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2018 11:55 AM | Show all posts
hadibah replied at 3-9-2018 11:45 AM
“Jika ada, mungkin ia terlepas pandang. Mungkin cukai itu adalah berdasarkan senarai cadangan sebel ...

menteri paling tak kompeten dlm sejarah msia

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:57 AM | Show all posts
harizs replied at 3-9-2018 11:55 AM
menteri paling tak kompeten dlm sejarah msia



menteri flip flop banyak makan babi

nanti netizen bising lagi, tukar list lagi

cambabs


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bila menteri  bongok dipilih oleh pengundi yg bongok usah harap lebeh lebeh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 10:49 PM | Show all posts
Tambah Guan Eng, Kementerian Kewangan akan menyemak semula senarai barangan yang dikenakan SST dan keputusan akan dibuat pada hujung tahun ini berdasarkan cadangan yang diberi daripada rakyat.


dalam tiga bulan ni kau sibuk beraya...kau tak fikir ke nak tanya rakyat...bowdow la limguanjeng...dasar sepet tak kompeten epic bowdow epic fail...wakakakakakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 07:26 AM | Show all posts
minguk replied at 3-9-2018 11:40 AM
esok lusa cakap silap tengok, memang dikenakan sst..

tepat sekali.  memang betul dah berita ni.


apalah malang msia dpt Finance Minister 'hantam saja'


"Hantam"

Semalam saya membuat hantaran FB untuk mendedahkan bahawa cukai SST yang baru dilaksanakan juga dikenakan ke atas banyak baang-barang mentah dan basah termasuk kerang, lala, udang, ketam dan ikan masin.

Baru tadi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjawab saya melalui satu sidang media.

Saya amat terkejut (trending hari ini memang untuk terkejut) dengan jawapan beliau.

Dia menjawab bahawa dia keliru dengan klasifikasi barang-barang basah ini, oleh itu beliau kata dia "hantam" sahaja (dia cakap, bukan saya cakap) supaya semua dikenakan cukai jualan 10%.

Oleh kerana beliau cincai "hantam" sahaja, maka orang miskin perlu bayar cukai 10% di atas semua makanan-makanan mentah ini.

Guan Eng mengaku bersalah dan berjanji akan mengeluarkan kerang, udang, ketam, lala dan sotong dari senarai barang yang dikenakan cukai.

Apapun, banyak lagi makanan mentah dan minimum seperti air tin dan air mineral lain masih dikenakan cukai jualan 5% ataupun 10% dan juga akan dikenakan cukai berganda jika dihidangkan di restoran.

Saya harap kementerian kewangan dapat meniliti dan menambah baik senarai SST agar makanan, minuman dan bahan asas orang B40 tidak dikenakan cukai seperti yang dikecualikan di bawah GST dahulu.

Kita harap tuduhan hutang negara tiba-tiba dinaikkan menjadi RM1 trillion ataupun tuduhan wang GST/LHDN RM35 bilion "dirompak" tidak dikeluarkan oleh beliau sekadar dengan main "hantam" sahaja juga.

Video kredit: MalaysiaKini / KiniTV

https://www.facebook.com/najibrazak/videos/905647732955519/
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 07:35 AM | Show all posts
AIR MINERAL PUN KENA SST  !!

Senarai terkini itu bagaimanapun turut memasukkan makanan segar dan pelbagai barangan yang sebelum tidak tersenarai.

Saya lihat ketam, udang, sotong, kerang dan lala kini dikenakan cukai jualan 10 peratus. Pelbagai jenis perencah, sos, beberapa jenis daging dan ikan, daging burger, sosej, keju dan mentega turut dikenakan cukai jualan antara 5 dan 10 peratus.

Saya juga lihat pelbagai jenis minuman dikenakan cukai jualan termasuk jus buahan dikenakan cukai 5 peratus, soda (10%) dan air mineral (10%).

Ramai tidak menyedari bahawa SST sebenarnya ialah dua jenis cukai berbeza - Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang memerlukan dua akta berbeza diluluskan di parlimen. (Kedua-dua akta cukai berkenaan digantikan dengan satu akta tunggal dan telus iaitu GST pada masa lalu).

Oleh itu, Lim Guan Eng tidak bercakap benar apabila beliau mengucapkan kepada orang awam bahawa cukai SST hanya dibayar oleh pengilang dan bukan oleh pengguna.

Maka, apabila restoran dan isirumah membeli bahan mentah seperti udang, ketam dan kerang, mereka sudah membayar cukai jualan 10 peratus yang perlu ditanggung oleh pengilang atau pengeluar. Restoran dan pembeli isirumah tidak akan melihat jumlah yang dibayar mereka bagi cukai jualan tetapi terpaksa membayar pada harga yang tinggi.

Situasi ini akan lebih buruk apabila pengguna makan makanan ini di restoran di mana cukai perkhidmatan terpakai di premis ini.

Restoran kini perlu membayar cukai jualan ke atas ketam, udang, beberapa jenis sayuran, mentega, keju, perencah dan sos bagi menyediakan makanan mereka.

Apabila mereka menyediakan hidangan itu bersama minuman dalam botol yang mempunyai cukai jualan, mereka juga akan mengenakan tambahan 6 peratus bagi cukai perkhidmatan yang dipapar di resit pelanggan.

Untuk itu, pelanggan restoran dikenakan cukai dua kali, cukai perkhidmatan 6 peratus yang dapat dilihat pada bil dan cukai jualan ke atas makanan dan minuman disediakan namun tidak dipaparkan pada resit.

Begitu juga akan berlaku dibengkel kereta and pusat servis di mana alat-alat ganti dan minyak pelincir dikenakan cukai jualan dan ditambah lagi dengan cukai servis.

Inilah yang pelbagai pihak termasuk saya sendiri pernah beri amaran bahawa SST adalah satu cukai bertindih (cascading tax) di mana terdapat barangan yang dikenakan cukai berganda. Ini berbeza dengan GST pada kadar 6 peratus di mana ia hanya dicaj sekali.

Pada masa ini, banyak restoran masih lagi menggunakan bahan mentah yang dibeli sebelum perlaksanaan SST namun selepas ini mereka akan membeli bekalan baharu dengan cukai jualan, dan dijangkakan harga di restoran akan naik lebih banyak lagi pada hari mendatang berbanding ketika GST berkuatkuasa.

Orang dari golongan B40 juga makan ikan masin, udang, kerang dan ketam - biarpun untuk dimasak dirumah ataupun di restoran. Ia tidak patut dikenakan cukai jualan seperti yang dikecualikan di bawah cukai GST dahulu.








Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 08:07 AM | Show all posts
LGE kata dia keliru kategori bahan basah, bahan mentah atau keperluan asas.
Itu sebab dia 'hentam' saja semua 10%.
Erti kata lain dia bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 08:14 AM | Show all posts
insulin replied at 3-9-2018 11:45 AM
Jom boikot. Lagipun makanan masin kurang elok untuk badan kita.

Nasib baik tak suka makanan2 ini.. Minuman bergas + manis kena cukai SST tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 09:45 AM | Show all posts
tobby replied at 4-9-2018 07:26 AM
tepat sekali.  memang betul dah berita ni.

hahahahaahhahahahhahha hantam sajalah labuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.327204 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list