CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1919|Reply: 12

Budak Sekolah Boleh Beli Dadah RM1 Hingga RM5

[Copy link]
Post time 29-8-2018 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Masalah dadah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan terutama ia kini boleh didapati pada harga serendah RM1 hingga RM5.




Gambar Hiasan




Memetik Harian Metro, strategi itu mula dikesan tahun lalu dan ia dijual dalam bentuk pakej bagi mengelak risiko ‘sangkut’ ujian air kencing di mana pengedar akan membekalkan ‘ubat cuci’ iaitu sejenis tablet yang lazimnya untuk merawat kencing tidak lawas.


Pelanggan harus menelan ubat cuci itu kira-kira sejam selepas mengambil dadah supaya ujian air kencing tidak jelas bagi menghapuskan bukti dikehendaki pihak berkuasa.


Menurut Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama Kementerian Pendidikan, Nadzman Radzaly, majoriti pembelian berlaku di luar sekolah menjadikan pengambilan dadah dalam kalangan pelajar sukar dibendung.

“Kita mula sedar mengenai pakej ini sejak tahun lalu, malah pemantauan lanjut seakan mengesahkannya kerana rekod farmasi menyaksikan ubat oral yang lazimnya digunakan untuk merawat kencing tidak lawas banyak dibeli.

“Kajian mendapati golongan berisiko terjerumus dalam kancah dadah kebanyakannya membabitkan pelajar yang berdepan masalah keluarga, berbanding pelaku kes disiplin biasa di sekolah,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 04:19 PM | Show all posts
makin teruk masalah dadah melibatkan underage ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 04:26 PM | Show all posts
Ini pon salah Najib jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 29-8-2018 04:58 PM
kucingitam replied at 29-8-2018 04:19 PM
makin teruk masalah dadah melibatkan underage ni


Memang sangat teruk. Sebab tu Malaysia patut tembak mati ja pengedar dadah ni ala Duterte. Depa memang target bebudak sekolah sebab depa tau, permintaan tinggi dan akan sentiasa ada jika groom golongan kanak2/remaja untuk jadik penagih. Yeap, bukan bebudak sekolah menengah jah jadik sasaran, bebudak sekolah rendah pon kena. Pengedar2 macam Benjy yang rosakkan hidup orang lain tu patutnya tembak mati jah takyah simpan2 dalam penjara tunggu bicara bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm1 mana ade untung?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 29-8-2018 04:56 PM
Memang sangat teruk. Sebab tu Malaysia patut tembak mati ja pengedar dadah ni ala Duterte. Depa  ...

Kan sis tembak ditempat awam saja...x payah nak buat cara kalau dah ada bukti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2018 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 29-8-2018 04:56 PM
Memang sangat teruk. Sebab tu Malaysia patut tembak mati ja pengedar dadah ni ala Duterte. Depa  ...

Bukan ke pengedar dadah kt Msia mmg hukum gantung smpai mati setelah diusulkan Tun M zaman dia jd PM dlu? Dh gubal balik ke pengedar x kena hukum mati?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-8-2018 12:37 AM
Bukan ke pengedar dadah kt Msia mmg hukum gantung smpai mati setelah diusulkan Tun M zaman dia jd  ...

Tembak mati chuooooolsss. Duterte tu takda gantung2, takda bicara2, dia soh polis tembak sampai mampus jah pengedar dadah kat Pelipin tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yahudi_Bisex replied at 30-8-2018 12:35 AM
Kan sis tembak ditempat awam saja...x payah nak buat cara kalau dah ada bukti

Sebal betul akak bila mikirin pasal bala dadah yang lagik bahaya dari lgbtq ini sister. Sekolah akak yang taraf pedalaman 1 tu pon tahun ni hada kes cobaan merekrut bebudak form 3 jual syabu. Kesahnya ada sorang pelajar baru ni masuk sekolah akak. Weols tatau pula dia tu dibuang dari sekolah lama sebab hada kes mengedar, menghisap syabu dan coba merekrut pelajar lain jual syabu. Sekolah lama dia pon celaka tak bagitau weols cite sebenar napa dia dibuang (sebab takut weols tamau terima pelajar tu). Berani lagik tu bawa syabu pi sekolah. Eh bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 30-8-2018 12:42 AM
Tembak mati chuooooolsss. Duterte tu takda gantung2, takda bicara2, dia soh polis tembak sampai ma ...

Sama jah asalkan mati. Baguslah dibicara dulu. Ada lah ruang n keadilan. Kot2 difitnah ke. Mcm iols dekat airport mmg seriau nak tinggalkan luggage tanpa lock. Otak ni suka pefeeling ada org akan pedajal iols msukkan dadah ke hapa dalam luggage, ujong2 iols nnt kena tangkap. Yiiihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:45 AM | Show all posts
rosakkkk rosakkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:51 AM | Show all posts
pengedar dadah ni fikir nak untung je tapi tak fikir kesan dia ke atas budak2. patut kill  je orang macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-8-2018 01:38 AM
Sama jah asalkan mati. Baguslah dibicara dulu. Ada lah ruang n keadilan. Kot2 difitnah ke. Mcm iol ...


Tengok muka uols pon memang ada muka pengedar Candu....harap sis bertabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069863 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list