CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2171|Reply: 10

[Tempatan] Ancaman Bom Palsu Di Sri Pentas Mencemaskan Warga Media Prima

  [Copy link]
Post time 29-8-2018 08:54 AM | Show all posts |Read mode

Memetik laporan Berita Harian, semalam sekitar jam 10.45pm, bangunan Sri Pentas yang terletak di Bandar Utama dilaporkan menerima panggilan ancaman bom.


Kredit foto: Berita Harian



Bercakap dengan pemberita di tempat kejadian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.20 malam oleh seorang lelaki yang mendakwa telah memberi arahan kepada pengikutnya untuk meletakkan bom di bangunan itu.


"Tindakan pertama kita adalah mengarahkan semua kakitangan Media Prima mengosongkan bangunan dan selepas itu kita telah membuat pembersihan bersama dengan unit pemusnah bom dari IPK Selangor dan IPD Petaling Jaya."


Kredit foto: Berita Harian



TV3 juga menyiarkan pengumuman di saluran itu berhubung pembatalan rancangan berita Nightline "atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan".


Namun, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan kira-kira jam 1.30 pagi.


Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan individu yang membuat panggilan palsu terbabit.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.


Kredit foto: Malaysiakini



Difahamkan sebuah trak bomba dengan enam bomba, anggota polis dan satu unit K9 PDRM (unit pengesan anjing) serta ambulans ditempatkan di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Imam mahfi ke org gila? Gigih sgat kan nak bom kehulu kehilir ujong2 tgah merempat bawah jambatan jah. Harap dpt trace panggilan telefon org gila ni!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 09:34 AM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 29-8-2018 09:03 AM
Imam mahfi ke org gila? Gigih sgat kan nak bom kehulu kehilir ujong2 tgah merempat bawah jambatan ja ...

betul tu gila.  harap dapat tangkap dan publishkan betul2 supaya rakyat tahu hukuman dan beratnya akibat bermain api.   harap di hukum sebat di khalayak.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 10:09 AM | Show all posts
makna rncgan mlm td tergendala awal la ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap bukan gimik la ye.. jam ni ramai nau wat gimik bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 10:25 AM | Show all posts
ala..tal dpt tgk nightline
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 29-8-2018 09:34 AM
betul tu gila.  harap dapat tangkap dan publishkan betul2 supaya rakyat tahu hukuman dan beratnya  ...

Ni bukan bermain api dah Sis, ni main bom. Mmg harap dpt exposed jah muka musibat ni dan masukkan dlm hospital gila
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 11:42 AM | Show all posts
surwanis replied at 29-8-2018 10:09 AM
makna rncgan mlm td tergendala awal la ehh?

Nightline tak ada ganti dengan ulangan majalah 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 11:47 AM | Show all posts
gilerrr apa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 11:50 AM | Show all posts
acah2 main bom pulak. kurang kasih sayang ke haper nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 12:36 PM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 29-8-2018 11:39 AM
Ni bukan bermain api dah Sis, ni main bom. Mmg harap dpt exposed jah muka musibat ni dan masukkan  ...

saya rasa lebih baik sebat beliau di khalayak.  publish dalam socmed.  buat live fb etc2.  supaya rakyat Tanah Melayu ini tahu akibat bermain isu sensitif spt ini.  dan biar mereka tahu akibat menimbulkan huru hara.  

sudah2 lah blur / mosaic kan muka mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.285648 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list