Pasangan Anzalna Nasir dan suaminya, Muhamad Hanif Mohamad Zaki sememangnya dikenali sebagai pasangan yang sangat romantis. Setiap gambar yang dimuat naik oleh aktres jelita itu ke akaun media sosial miliknya pasti mendapat pujian daripada para peminat.
Terbaru, foto yang dimuat naik oleh wanita berusia 30 tahun itu sekali lagi menarik perhatian peminat yang rata-rata cemburu melihat kemesraan merpati dua sejoli itu.
Kapsyen Anzalna juga dilihat cuba untuk mengusik para peminatnya dengan berkata siapa yang melihat gambar tersebut pastinya akan merasa tidak sabar untuk berkahwin.
"Siapa tengok gambar ni, mesti tak sabar nak kahwin," tulisnya.
Sememangnya betul usikan Anzalna tersebut dimana kebanyakan peminatnya menyatakan perasaan tak sabar mereka untuk melangsungkan perkahwinan setelah melihat gambar tersebut.
Foto : Instagram Anzalna Nasir
Memang seronok melihat pasangan bahagia ini, kan? Semoga cepat-cepat dikurniakan dengan anak-anak yang comel, soleh dan solehah.-CARI |