Baru sahaja keluar 'teaser' lagu 'Bobo Di Mana' oleh Dato' Aliff Syukri, Sajat dan penyanyi Indonesia, Lunacinta Luna, nampaknya majoriti rakyat Malaysia menolak pembikinan video penuh yang masih belum disiarkan ini. Maklumlah, 'teaser' berkenaan pun sudah memaparkan tarian yang menggoncang dada dan juga liriknya yang dianggap lucah.
Terbaharu, Wardina Safiyyah yang terkenal dengan kelantangannya bersuara turut mempersoalkan kewajaran lagu tersebut. Beliau menulis di Facebook dan Instagramnya berkongsi kesedihannya serta meminta Aliff Syukri mempertimbangkan untuk memadamkan video tersebut.
Kredit foto: Facebook
Rupa-rupanya netizen turut berkongsi kemarahan tersebut.
Sedikit melucukan apabila ada netizen yang memaklumkan Wardina bahawa ketiga-tiga individu yang menari tersebut semuanya adalah lelaki. Maklumlah rakyat Malaysia cuma mengenali Aliff dan Sajat sahaja.
Lebih menyedihkan kerana kita umat Islam sedang membuat ibadah haji di Mekah, namun yang berlaku ini seolah-olah mencabar mereka yang beriman.
Malahan, rakyat Indonesia juga menyatakan yang Luna sendiri sudah tidak diterima di Indonesia, menyebabkan dia beralih ke Malaysia.
Foto : IG Sajat
Mengenali Aliff Syukri yang tidak pernah mengendahkan langsung komen atau kritikan netizen, ia pastinya tidak membantutkan hasratnya untuk melancarkan video muzik "Bobo di mana". Namun dengan membuat tarian separa erotik serta lagunya yang mempunyai maksud tersirat, ia membuatkan netizen menyampah sekaligus akan memberi 'bad rating' pada video tersebut nanti.
Malahan dengan mengambil golongan LGBT seperti Sajat dan Lucinta secara tidak langsung menyampaikan mesej yang menerima puak ini dalam kehidupan seharian. Moga-moga mereka akhirnya sedar dengan apa yang dilakukan. - CARI
|