"I tak faham, time tu ramai sangat orang minat Tomok. I cannot brain this."
Program realiti terbaru Astro, Big Stage yang mengetengahkan Budak Baru Nak Up (BBNU) memang panas bermula minggu pertama lagi. Namun untuk minggu kedua ini, ia bertambah hangat dengan pesertanya, Baby Shima pengsan sebaik selesai menyanyi.
Selain itu, kualiti peserta Big Stage yang didakwa sumbang, sistem pemarkahan yang boleh dipertikaikan serta terbaharu peserta lelakinya, Ariff Bahran yang memberi komen tidak wajar terhadap Tomok diperkatakan netizen.
Malahan, ramai yang menyifatkan komen Ariff sangat biadab."I cannot brain" menjadi perkataan yang popular.
Gambar Tomok ketika BBNU di zaman 90an
Bagi netizen yang membesar bersama Tomok, ia adalah satu penghormatan kerana Tomok masih kekal dalam industri muzik setelah berjuang selama 20 tahun.
Foto : Instagram
Akhirnya Ariff Bahran memohon maaf di laman Instagramnya menjelaskan insiden tersebut.
Foto : Instagram
Sungguh berbeza sikap artis dulu dan sekarang. Ini kerana faktor perubahan zaman serta kecanggihan teknologi membuatkan BBNU merasakan diri mereka mudah mendapat apa sahaja yang dicitakan seperti kemasyhuran dan kebolehan menyanyi.
Namun, belajarlah untuk lebih merendah diri serta berfikir dahulu sebelum berkata-kata ya. Penyanyi 'senior' perlu dihormati bukannya memberi komen "I cannot brain this". Moga Ariff lebih matang selepas ini. - CARI |